Follow Me on Twitter

Thursday, October 7, 2010

Design Exhibition Part 11 ~ My Album Cover


if you ever loved somebody put your hands up
And now they’re gone and you wish
you could give them everything

Di atas tu antara petikan lirik lagu Just A Dream by Nelly. Bukan lagu dalam album aku tu. Design sahaja tu bukan betul-betul pun. Teringat dulu mak aku selalu cakap,

“Along, belajar betul-betul, kalau cemerlang boleh masuk tv (disiarkan dalam tv)”

Aku pun jawab, “nak masuk tv? senang je, mak bagi ato (nama timangan aku) masuk Akademi Fantasia ke, Mentor ke..”

Haha..kami pun gelak. Yela, tak ada maknanya aku nak jadi artis walaupun aku sukakan muzik. Dah banyak sangat lambakan artis sekarang. Termasuk juga program realiti hiburan. Masing-masing sibuk mengejar gosip dan rating. Kalau semua pakat nak jadi artis siapa pula yang nak fokus jadi doktor falsafah? para pengkaji? Kalau macam Dr. Fazley tu baguslah juga.

Lebih-lebih lagi bakat tak ada. Kalau ada pun aku tak nak. Sebab tak mahu tergolong dalam segelintir yang berkata, “sampai masanya saya akan berubah” (tapi tak mahu berusaha), “semua yang saya lakukan semata-mata atas tuntutan kerja”.

Kalau jadi graphic artist memang aku nak ^___^ So kesimpulannya, kalau aku nak masuk tv pun, aku lebih suka ikut saranan mak aku, belajar tinggi-tinggi ke, jadi atlit Sukan Komanwel ke...jadi pemain bola sepak kebangsaan dan bantu tingkatkan mutu permainan pun bagus.

so I travel back down that road
wish you come back
no one knows
and I realize, it was only just a dream

p/s:Pada awalnya nak cerita pasal lagu Nelly tu..bila kita tak menghargai orang yang kita sayang..tapi lain pula aku taip ^___^ Lagi satu...jangan dicari pula album tu, confirm tak dijual :D