Follow Me on Twitter

Saturday, October 16, 2010

Elakkan berhenti secara mengejut

Kepada pemandu-pemandu kenderaan sekalian, (pemandu kapal terbang dan pengemudi kapal dikecualikan), ini hanya sekadar tips bagi memberhentikan kereta dengan mudah dan penuh bergaya tanpa mengejut, terutamanya bagi gaya pemanduan seperti pelumba F1.

Ini adalah hasil pembacaan aku (di mana aku pun tak ingat, dah terlalu lama) dan juga pengalaman aku sepanjang mempraktikkannya. Seperti yang dinyatakan tadi, tips ini untuk mereka yang gemar memandu laju dan tiba-tiba terpaksa berhenti. Jadi untuk memastikan anda berjaya membrek dengan selamat dan tidak melanggar kereta lain, atau melanggar lampu isyarat.
 Drive kereta mahal tiba-tiba tak sempat brek...naya..

Apabila hendak membrek, lepaskan minyak dan tekan brek (brek kali pertama) hingga habis (tempohnya mengikut kesesuaian jarak, kalau dah dekat tekan sebentar sahaja), lepaskan brek (ikut kesesuaian jarak) dan tekan brek semula hingga betul-betul habis (memang betul-betul nak berhenti) Pastikan clutch juga ditekan bagi kereta manual.

Contoh:

Memandangkan gaya pemanduan aku defensive driving (rujuk entri bro Ezzu Raza), jadi selaju mana pun aku bawa aku pasti akan menekan brek lebih awal jika mahu berhenti di sesuatu simpang. (jarak ke simpang bawah 100m, brek kali pertama aku dalam 2 saat, tempoh tekan brek semula dalam 2 saat, pada ketika ini clutch ditekan untuk lebih cengkaman, dan berhenti dengan tenang)

InsyaAllah, kenderaan yang diberhentikan tidak secara mengejut dan lebih mudah diberhentikan.

p/s:Nak senang jangan bawa laju-laju sangat...kalau yang test JPJ tu hati-hatilah..brek mengejut je JPJ dah pandang lain macam...