Follow Me on Twitter

Wednesday, October 20, 2010

How to customize text in Photoshop

-Kandungan artikel ini kebanyakan dalam Bahasa Melayu, tajuk di atas bikin kencang sahaja-

Assalamualaikum. Ini adalah entri serius. (Seriuslah sangat ^__^) Sahabat bloggerku Amir Izzat si Pembebel Jalanan telah bertanyakan sesuatu padaku semalam tentang teknik photoshop yang aku lakukan pada teks di sini. Maka di sini aku ingin menjawab persoalannya dan berkongsi apa yang aku tahu.

Ini bukanlah tutorial. Anggap sahaja seperti seorang sahabat sedang mengajar sahabatnya dalam study group.
 Ajar aku formula theorem pythagoras, cepat!

Terdapat pelbagai teknik untuk customize text yang kita taip dan gunakan dalam Adobe Photoshop. (Aku masih guna CS3 sebab laptop berkuasa rendah)

Antara teknik yang aku gunakan adalah copy paste. Langkah-langkahnya:

Taip teks anda. (Sebaiknya duplicate layer tersebut supaya proses try and error mudah dilakukan)


Pilih mana-mana corak berus menarik (downloadla photoshop brushes) Aku guna corak bunga sebagai contoh.


Bereksperimen dengan Blending Mode pada layer Brush. Pilih mana-mana yang boleh menjadikan layer Brush nampak menarik pada teks. Aku gunakan Darken.


Aktifkan layer Brush. Tekan Ctrl dan klik pada layer thumbnail teks. Satu selection pada teks akan dipaparkan.


Tekan Ctrl+C dan Ctrl+V untuk tujuan copy paste. Hiddenkan layer Brush. Hasilnya seperti di bawah. Gerakkan layer yang baru supaya setara dengan layer teks.


Teknik kedua yang aku suka gunakan adalah teknik masking. Langkah-langkahnya:

Dengan menggunakan teks dan corak berus yang sama. (Sebaiknya duplicate layer tersebut supaya proses try and error mudah dilakukan)


 Tekan Ctrl dan klik pada layer thumbnail Brush. Dan klik pada layer teks untuk aktifkan layer itu. Satu selection akan dipaparkan. Kemudian klik pada icon layer mask (Lihat anak panah)


Hiddenkan layer Brush yang digunakan. Hasilnya seperti di bawah.


Okay, harap dapat difahami. Good luck! :D