Follow Me on Twitter

Sunday, October 17, 2010

Kenapa aku mesti terus dikecewakan...

“Still unbeaten, but our precious points have been thrown away again, it really make me disappointed”

Hm...itulah kata-kata aku seandainya aku menjadi orang yang terlibat dengan pengurusan corak permainan kelab liga Inggeris, Manchester United. Sudahlah Selangor gagal ke separuh akhir Piala Malaysia 2010, perasaaan kecewa aku diteruskan lagi dengan keputusan seri Manchester United menentang West Brom di Old Trafford malam tadi.

Tentang kekalahan Selangor 3-0 di tangan Kelantan, aku rasa memang tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sejak awal permainan lagi Selangor gagal memanfaatkan peluang yang hadir. Hantaran yang tidak tepat serta tiada penyudah yang berbisa. Jadi Kelantan memang layak menang dengan permainan ala-ala World Class mereka.

 Chicharito

Tetapi keputusan seri di Old Trafford...is unacceptable! Setelah mendahului seawal minit ke 5 melalui Chicharito dan gol kedua melalui Nani, kedudukan 2-0 yang dianggap selesa berubah pada awal separuh masa kedua. Hanya dengan kesilapan pertahanan dan juga penjaga gol, Manchester United seakan-akan memberi ‘hadiah’ kepada pelawat.

Hasilnya...2-2 di Old Trafford. Dan Manchester United masih di kedudukan ketiga liga setelah dipintas Arsenal yang menewaskan Birmingham 2-1. Tetapi kedudukan itu bakal berubah, sekiranya Manchester City berjaya menewaskan atau sekadar seri dengan Blackpool malam ini. Sedangkan Chelsea masih mengungguli takhta liga dengan kelebihan 5 mata.

Oh...pemain Manchester United. When you can get back the form? Tolong marking setiap pemain lawan dengan baik dan jangan buka ruang pada mereka. Tolong baca pergerakan pemain lawan dan jangan memandang rendah keupayaan kelab-kelab yang kurang ternama. Kuatkan semangat untuk mendapatkan gol. Bukankah Manchester United satu ketika dahulu terkenal dengan comeback dan late goal?

Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Kesilapan yang dibuat walau sesaat boleh memberi kesan kepada keseluruhan corak permainan, dan aku tak mahu itu berlaku lagi pada skuad Manchester United. Jangan biarkan aku terus kecewa...Faham?

p/s:Alex Ferguson, ada blog tak?