Follow Me on Twitter

Monday, October 4, 2010

Kepada Alex Ferguson, Manchester United

Ferguson, (atau patutkah saya memanggil anda Fergie?) saya mungkin tidak layak untuk mempersoalkan corak latihan anda ke atas kelab Manchester United, tetapi sebagai penyokong yang menonton perlawanan Manchester United di kaca televisyen, saya berhak untuk menegur corak permainan yang ditunjukkan kelab. Ini kerana saya bukan sekadar melihat ke mana bola pergi tetapi turut melihat pergerakan seluruh pemain di padang.

Keputusan terkini menunjukkan Manchester United kini ketinggalan 5 mata di belakang Chelsea, malah Manchester City turut berjaya memintas Manchester United. Apakah sebenarnya yang difikirkan? Kenapa peluang tidak dimanfaatkan sepenuhnya? Di manakah corak pertahanan Manchester United yang kental? (Sudah bolos 9 gol)

Anda perlu ingat, Manchester United akan berdepan dengan beberapa musuh tradisi dalam perlawanan akan datang. Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester City pastinya tekad untuk menewaskan Manchester United kerana berdasarkan rekod pertemuan liga pada musim lepas, mereka kalah di tangan Manchester United dalam kedua-dua pusingan.


Untuk berhadapan dengan semua itu, Manchester United sepatutnya mempunyai semangat yang tinggi, tidak kira di tempat sendiri atau di tempat lawan. Apa yang saya lihat, Manchester United tidak begitu bersemangat di tempat lawan. Lihat perlawanan menentang Sunderland pada sabtu lepas. Manchester United begitu jauh tewas daripada segi semangat untuk menang. Sunderland lebih bersemangat dengan melancarkan serangan bertubi-tubi. Oh...janganlah berharap pada tuah sahaja.

Dan, tolong jangan memandang rendah pada kemampuan kelab-kelab tidak ternama. Mainlah dengan bersungguh-sungguh. Jangan ingat mereka tidak mampu  merebut bola secara tiba-tiba. Ya, kebanyakan kawalan bola Manchester United hilang dengan cara sedemikian, kerana pemain Manchester United berpusing-pusing kononnya hendak mengelirukan lawan. Sudahnya, bola dihantar kepada Van Der Sar lalu disepak tinggi dan diterima pemain lawan. Yup, terima kasih.

Ya, Manchester United masih belum tewas setakat ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Tapi sampai bila hanya mencapai keputusan seri? Tingkatkan bahagian serangan dan jadi lebih kreatif. Kebanyakan pemain lawan semakin bijak membaca pergerakan pemain Manchester United. Ferguson, do something!

Vidic 

“Hero will always rise in Old Trafford” Eric Cantona, Giggs, Scholes, Beckham, Ruud Van Nistelrooy, Cristiano Ronaldo...Rooney (can he become hero again?) Berbatov and Chicharito? Nani? When will your pull trigger to shot? Vidic? Can you build consistent momentum in defence? Show that to me...