Follow Me on Twitter

Tuesday, October 12, 2010

Kita semua ada kehebatan sendiri

Sekali lagi aku ingin berkongsi kisah menarik dalam buku ‘U-Turn ke Jalan Lurus’ hasil tulisan perunding motivasi Zul Ramli M. Razali, yang diolah sedikit. Aku rasa anda semua pun pernah mendengar cerita ini. Bagi yang belum mendengarnya, mari dengar Tengkorak Emas bercerita...

 Dapatkannya di pasaran :D

Seorang pemecah batu gigih berkerja di kaki gunung. Namun, di sebalik kegigihannya itu, terlihat riak kesedihan di mukanya. Ternyata ada sesuatu yang meresahkannya tatkala dia mendongak ke arah matahari yang terik memancar.

“Malangnya nasibku..alangkah bagus kalau aku dicipta  sebagai matahari. Besar, dan aku bebas membakar sesiapa sahaja.” keluh hatinya.

Sedang dia asyik berfikir akan nasibnya, segumpal awan besar yang gelap berarak menutup matahari.

“Tak sangka awan lebih hebat...kalaulah aku menjadi awan..” bisik hatinya.

Tanpa menyedari betapa indahnya ciptaan tuhan, dan hanya mengagumi pergerakan awan besar itu, sekali lagi hatinya dikejutkan. Si gumpalan awan yang berarak megah tiba-tiba terserak dibelah puncak sang gunung.

“Wah...ternyata ada yang lebih hebat...kalaulah aku menjadi...” tiba-tiba hatinya terdiam.

“Wait a minute!!...Ada yang lebih hebat! Aku! Aku si pemecah batu!” dia bersorak gembira.

Ya, barulah dia sedar kehebatan dirinya sendiri lantas menghentak batu di kaki gunung itu dengan penuh semangat dan rasa bersyukur dicipta tuhan sebagai makhluk sebaik-baik kejadian. Untuk itu dia akan berusaha gigih untuk mengatasi kelemahan dirinya serta mencapai kejayaan. Kejayaan yang dicapai sebagai dirinya sendiri, tanpa perlu menjadi orang lain.

Dulu aku kecik-kecik nak jadi Maskman merah tu...muahaha konon hebatla

p/s:Setiap orang punya kelebihan, hanya perlu disedari dan dikembangkan.