Follow Me on Twitter

Monday, October 11, 2010

Komen-komen aku terbaik? ~No komen ^__^

Assalamualaikum buat semua yang hadir ke blog ini. Entri ini ditaip sempena satu lagi anugerah yang diberikan kepada aku oleh Afizz, tuan punya blog Memori Seorang Muda. Anugerah yang diberikan adalah Anugerah Pengkomen Terbaik. Tak sangka komen-komen aku di blognya begitu dihargai sehinggakan anugerah khas diberikan ^___^

Terima kasih banyak-banyak. Ini anugerah yang kelapan aku dapat sepanjang berblogging. (Award Mama JnJ belum sempat dibuat entri =__=)

Inilah banner untuk anugerah yang diterima. Cantik dan kemas ^___^

Okay, kenapa aku suka Memori Seorang Muda?

Bagi aku blog Memori Seorang Muda adalah blog peribadi yang mempunyai pelbagai entri bebas. Blog seorang pelajar tingkatan 4 yang kadang kala berkongsi suka duka perjalanan hidupnya sebagai pelajar. Tetapi apa yang lebih menarik adalah tuan blognya. (Opss...aku bukan gay tau, sila baca dahulu)

Si Afizz ni nak jadi pengarah filem satu hari nanti. Cita-cita dia mengingatkan aku kepada salah satu impian aku dahulu yang juga mahu jadi pengarah filem. Jadi aku memang berbesar hati kalau dapat duduk semeja berbincang masalah industri perfileman negara atau mengkritik mutu filem-filem tempatan dan barat. (cewah!)

Afizz, pinjam sat screenshot profile page ko :D

Dalam profile page bloggernya, tiada pula favourite movies. Melainkan jawapannya ‘Tak tengok movie sangat’. Kelakar pun ada aku baca. Tapi sebenarnya dia ni tak sabar nak menonton sequel baru Narnia: The Voyage of Dawn Treader. Mesti tinggi imaginasi dia ni. (Pengarah filem mesti ada imaginasi yang kreatif)

Reaksi aku lepas dapat anugerah?

Aku terkejut beb! Tak ada sebarang pencalonan tiba-tiba dapat anugerah untuk kategori pengkomen terbaik. Jadi tak sempat nak sediakan skrip untuk sebarang ucapan. Aku cuma boleh ucap jutaan terima kasih dengan perasaan teruja ^___^

Terkejut pun...sempat juga aku salin baju naik pentas :p

Dengan ini aku tag sahabat blogger/nakama aku untuk turut menerima anugerah ini.


(13 orang, okay tak Afizz? ^___~)

Akhir kata, kunjungi blog Afizz di http://memoriseorangmuda.blogspot.com. Datang ramai-ramai, mana tau si Afizz ni dapat capai impian jadi pengarah filem. Boleh berlakon bawah arahan dia. Tak jadi pelakon tambahan pun, pelakon utama pun okay! :D