Follow Me on Twitter

Sunday, October 31, 2010

Mencari identiti blogger yang hilang?

"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."

Aku telah ditag si bakal pengarah filem, Afizz, tuan punya blog Memori Seorang Muda untuk berkongsi 25 perkara tentang aku, demi mencari identity blogger yang hilang...hilangkah?

25 tentang Tengkorak Emas

  • Nama sebenar diberi oleh Allahyarham atuk aku, Mohd. Hasrul Shahril b Abd Samad.
  • Anak lelaki tunggal daripada 5 orang adik beradik.
  • Seorang yang agak pendiam dan suka merenung tajam.
  • Berperwatakan serius tapi masih mempunyai sense of humour bagi mereka yang rapat denganku.
  • Suka membebel apabila bersama adik-adikku.
  • Mempunyai habit seakan-akan OCD (Obsessive Compulsive Disorder)
  • Tinggi 168cm dan berat 67kg.
  • Sebelum ini badan terlalu kurus walaupun makan sama banyak dengan orang yang bertubuh besar. Namun sejak pengambilan makanan tambahan, berat badan yang ideal berjaya dicapai (cewah!)
  • Seorang yang agak berahsia tentang perkara-perkara tertentu.
  • Aku suka berlari. Terutamanya melibatkan larian jarak jauh.
  • Aku suka makan makanan yang pedas-pedas. Kepedasan yang boleh membuatkan mataku berair adalah satu kepuasan maksimum. 
  • Aku suka juga minum susu seperti Afizz XD
  • Minuman kesukaan aku adalah air kosong XD
  • Agak bijak menilai kualiti tayangan dalam sesebuah DVD. ^__^
  • Masa terpantas aku menyelesaikan kiub Rubik adalah 32 saat. (ceh! bila nak capai 10 saat ni) Namun, purata masa yang selalu dicapai dalam lingkungan 1 minit ke 1 minit 30 saat.
  • Masih menggunakan Yamaha TZM yang dikatakan ‘spesies’ terancam. Pernah membuat percubaan ke Kedah tetapi hanya larat sampai ke Jelapang disebabkan tak tahan cuaca panas. Dalam perjalanan pulang, TZM terpaksa ‘overhaul’ (Pengalaman sebagai rider kurang lagi masa ni =__=)
  • Selalu dianggap ketua tetapi aku lebih suka kerja ‘di belakang tabir’. Disebabkan itu banyak kerja aku, orang lain yang mendapat nama.
  • Seorang blogger berdarah Negeri Sarawak dan Selangor.
  • Aku agak lambat dalam proses mengira, dan memerlukan senarai perbelanjaan supaya aku tak terpinga-pinga melihat jumlah duit yang semakin sedikit. =__=
  • Walaupun lambat mengira tapi aku cekap menghafal. Honestly, aku boleh selesaikan Kiub Rubik dengan mudah sebab aku hafal dan faham formula. Not that I’m genius like 3 years old kid who can solve Rubik’s Cube.
  • Aku suka menonton tayangan filem melalui DVD berbanding panggung wayang. Di panggung aku terpaksa diam. Tetapi depan DVD, bila-bila masa pasti ada ulasan keluar dari mulut aku XD
  • Secara teknikalnya, aku bukan perokok. Tetapi kadang kala aku dikelilingi rakan yang suka merokok, lalu menjadikan aku ‘perokok pasif’.
  • Mungkin disebabkan itu, batuk-batuk adalah sakit yang selalu aku alami.
  • Aku pernah buat blog tahun 2005, tapi cuma bertahan selama 2 minggu. Masa tu masih belum ada feel. Kemudian pada Jun 2010, aku mula menceburi bidang blogging semula.
  • Aku telah pun menjumpai semula identity bloggerku yang hilang XD (nak tau lebih tengok About Me hehe)

 Dengan ini aku tag 25 blogger lagi (ada masa buatlah, mana yang dah buat tu takpe)


Aku tak ada ramai follower. Nak fikir sampai 25 orang ni agak sukar bagi aku. Ada antaranya yang jadi nakama aku, belum aku kenali walau sedikit. Ada juga yang jadi nakama aku tapi aku tak dapat membuat kunjungan balas disebabkan aku tak jumpa sebarang link ke blognya. Jadi aku minta maaf jika tak dapat singgah ke blognya. Kepada blogger (yang ditag) jika sudi dan ada masa buat entri sebegini dipersilakan.

Walau 25 perkara telah aku dedahkan, aku tidak akan sama sekali membongkarkan identitiku sebagai Superman :P

 “With the great power comes great responsibility” pinjam sat kata-kata Spiderman ^___^