Follow Me on Twitter

Wednesday, October 6, 2010

Mini Showroom - Yamaha YZR M1

Ada sesiapa peminat MotoGP? Kalau ada yang minat mesti kenal superbike Yamaha M1 Racing ini yang satu ketika dahulu sentiasa ditunggu kemunculannya. Yamaha M1 inilah yang digunakan juara dunia Valentino Rossi pada tahun 2004 dalam litar kejuaraan MotoGP.

 Yamaha M1 (2004)

Pada ketika itu juga kebanyakan ‘mat motor’ masing-masing hendak menghias motor mereka sama ada spray cat baru atau hanya menampal sticker. Janji kelihatan sama seperti motor yang digunakan Valentino Rossi. No 46 juga kelihatan ditampal di sana sini.

 Yamaha M1 (2010)

Tetapi, Yamaha TZM aku tidak berubah. Kerana aku lebih sukakan warna merah dan hitam. Dan aku tidak berminat untuk meniru ‘musuh’ aku si Valentino Rossi tu. (haha poyo je :D)

“Keep your friends close and your enemy closer” Kata orang, kalau hendak menewaskan musuh/lawan, kita perlu mengenali musuh/lawan kita dengan lebih dekat. Jadi pada mulanya apa yang aku buat adalah cuba mengenali jentera Yamaha M1 Racing yang digunakan Valentino Rossi dan juga Jorge Lorenzo.

 Spesifikasi 2010 (Sumber)

Haha...sejak awal lagi model jenteranya (2004) juga telah berada di tangan aku :D

 Which one is 'killer view' for you? ^___^

Agak mustahil nak  tewaskan jentera M1 ini memandangkan awal-awal lagi jentera TZM aku tewas berdasarkan spesifikasinya. Tetapi aku bukannya nak gunakan TZM...hehe Ducati boleh?

Spesifikasi Honda CBR yang aku lupa letak pada showroom sebelum ini

p/s: 10 hari bulan ini Litar Sepang bakal dibingitkan dengan deruan enjin jentera-jentera MotoGP.