Follow Me on Twitter

Saturday, October 30, 2010

Pemimpin yang amanah

Hmm..baru berkesempatan nak berkongsi sedikit khutbah Jumaat semalam. Tajuk khutbah Jumaat di masjid tempat aku semalam adalah ‘Pemimpin yang Amanah’. Seperti yang dijangkakan, khutbah Jumaat itu mungkin adalah reaksi kepada Program Transformasi Ekonomi baru-baru ini yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hab pusat hiburan dengan penubuhan beberapa kelab malam dan penganjuran konsert utama. (Opss...Ada sesiapa yang terkena? hehe) Oh aku bukanlah nak bercerita tentang politik. Cuma nak buat ulasan sedikit tentang kandungan khutbah Jumaat semalam.

Pemimpin yang amanah adalah pemimpin yang menjalankan tanggungjawab pemerintahan dengan baik serta mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Manusia adalah makhluk Allah yang telah dipilih untuk menjadi pemimpin itu. Seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30;


Disebut juga kata-kata Al-Imam Abu Yusuf dalam tulisannya kepada khalifah Harun ar-Rasyid;

Wahai amirul-mukminin, sesungguhnya Allah baginya segala pujian, telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan seksanya pun amat besar…..”

Isi khutbah yang seterusnya mengingatkan tanggungjawab pemimpin terhadap kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi negara. Mengenai pembangunan ekonomi negara, ia hendaklah bersumberkan sumber yang halal. (Opss...terkena lagi di situ hehe)

Bagaimana dengan kepimpinan negara sekarang? Jika timbul masalah sebegini, Islam sebenarnya telah menggariskan panduan untuk menghadapinya.

Sabda Rasulullah s.a.w,

Ketahuilah! Sesiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin lalu dia melihat sesuatu kemaksiatan kepada Allah (yang dilakukan pemimpin itu) maka bencilah kemaksiatan kepada Allah tersebut. Akan tetapi janganlah menarik ketaatan kepada pemimpin itu
(Sahih Muslim)

Jadi kita sebagai rakyat tidak perlu sehingga memberontak untuk menjatuhkan pemimpin tersebut. Kita gunakan sahaja saluran yang betul untuk memilih pemimpin yang lebih baik pada masa akan datang. Buat masa ini, berdoalah agar pemimpin-pemimpin kita berubah.

Dan sebagai pemimpin, ingatlah firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 28;


Nikmat yang dimaksudkan dalam ayat di atas, adalah perintah dan larangan Allah. Maka, sebagai seorang pemimpin yang amanah, hendaklah ia menjalankan perintah Allah dengan sebaiknya dan menjauhi setiap larangan-Nya, supaya dengan itu orang-orang yang dipimpin turut mengikutinya ke jalan yang benar dan bukan ke jalan kerosakan.

p/s:Tahniah buat pasukan Kelantan yang telah berjaya mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia.