Follow Me on Twitter

Friday, October 22, 2010

Perubahan seorang blogger

Sebelum bergelar blogger

Aku dapatkan berita dan informasi baru dari TV dan suratkhabar. Ruangan untuk perbezaan pendapat tidak begitu terbuka.

Aku tau isu-isu agama yang terkini melalui Majalah i. Namun tak berpeluang mengulas lanjut tentangnya.

Setiap minggu aku download video WWE dan highlights EPL. Aku cuma tersenyum bangga melihat Manchester United mengecapi kemenangan. Tetapi tak berpeluang meluahkan rasa bangga kepada satu dunia.

Aku cari inspirasi untuk graphic design di internet. Aku design sesuatu poster menurut imaginasi aku. Namun tak berpeluang menunjukkannya pada semua.

Ilmu yang aku dapat jadi ‘beku’ sebab jarang disampaikan.

Aku bergantung semata-mata novel di pasaran untuk bahan bacaan santai. Ada kisah menarik, hanya aku sendiri tersenyum.

Ada masa, aku buka laman web Golden Screen Cinemas untuk tau update filem terbaru. Tengok trailer untuk penilaian awal. Kadangkala, hanya aku yang tau.

Filem-filem menarik yang bertemakan motivasi, penyiasatan, psikologi dan martial arts...aku tonton sendiri...

Tengkorak Emas...nama yang hanya dikenali segelintir di dunia realiti.

Selepas bergelar blogger

Baca blog blogger lain yang mengupas sesuatu isu berdasarkan pandangan yang berbeza-beza. Akal mula dilatih untuk menganalisis kebenaran maklumat dan menerima perbezaan pendapat di kalangan blogger dan pembaca.

Mana-mana isu berkaitan agama yang boleh aku ulas lanjut, boleh dikongsikan kepada umum.

Manchester United menang, aku boleh berbangga di blog. Manchester United seri, aku kecewa di blog.

Setiap kali berjaya design sesuatu, sebagai blogger, aku berpeluang paparkannya di blog dan bersedia untuk sebarang pandangan, kritikan dan permintaan. Siap boleh join contest lagi :D

Sebagai blogger, ilmu yang aku dapat boleh disampaikan selalu melalui blog dan juga boleh mendapat ilmu baru.

Aku mula kenal blogger-blogger yang merupakan penulis-penulis berbakat seperti Faizal Sulaiman yang menulis e-novel menarik; Loro: Chendana. Pelbagai kisah menarik dan pengajaran boleh aku dapat daripada perkongsian blogger lain.

Aku boleh berkongsi mana-mana filem akan datang yang menarik.

Aku boleh review mana-mana filem yang aku dah tengok, atau buat Top List berdasarkan sesuatu kategori.

Tengkorak Emas...mula mengorak langkah ke dunia maya.


Nampak tak perubahannya? ^___^  Anda pula?

p/s:Blogging, blogging juga...solat biar di awal waktu tau...