Follow Me on Twitter

Monday, October 11, 2010

Rossi takluk Sepang, Lorenzo Juara Dunia 2010

Perlumbaan yang menarik! Mungkin itu yang boleh aku katakan tentang perlumbaan MotoGP Sepang semalam. Litar Sepang menyaksikan  Valentino Rossi memulakan siri perlumbaan MotoGP Sepang di petak keenam. Ketika perlumbaan dimulakan, dia ketinggalan pada kedudukan ke-9, kemudian ke-11, sebelum memotong pelumba-pelumba lain untuk mencapai kedudukan ke-6, ke-3 dan bersungguh-sungguh mengejar Andrea Dovizioso dan Lorenzo yang hanya perlu memenangi tempat ke-9 atau lebih baik untuk memenangi kejuaraan dunia.

 Valentino Rossi

Kesungguhan Valentino Rossi membuahkan hasil apabila berjaya memotong Andrea Dovizioso pada pusingan yang ke-10 dan terus mengetuai perlumbaan ke garisan penamat untuk memenangi perlumbaan MotoGP di Litar Sepang yang juga merupakan litar kesukaannya. Kemenangan itu merupakan kemenangan ke-46 bersama Yamaha dan yang ke-6 di Litar Sepang.

Lorenzo pula memenangi perlumbaan tersebut di tempat ke-3 dan mengesahkan kejuaraan dunia MotoGP 2010 sebagai miliknya. Rossi dan Lorenzo merupakan penunggang Yamaha M1, maka pastinya kejayaan tersebut turut menggembirakan pihak Yamaha.

 Jorge Lorenzo, World Champion 2010

Selain kejayaan tersebut, siri MotoGP Sepang juga menyaksikan Casey Stoner dan Loris Capirossi tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana terlibat dengan kemalangan.

MotoGP World Standing 2010

p/s:Dah ada superbike nanti, aku nak dapatkan lesen lumba dan test Litar Sepang ni...nak join? ^___^