Follow Me on Twitter

Saturday, October 9, 2010

Sedang hangat bercinta?

Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri bro belalang hijauBangga ke? Bukan patut malu ke?” Secara ringkasnya entri tersebut memperkatakan tentang trend pasangan remaja yang kononnya sedang dilamun cinta yang hangat dan  sibuk hendak menunjukkannya kepada semua orang di laman sosial Facebook melalui status dan gambar-gambar.

Aku tidak mempunyai facebook. Walaupun anda search ‘Tengkorak Emas’ atau ‘Hasrul Shahril’ dan anda menjumpai profile tersebut, percayalah bahawa itu bukan aku. “The only and the real one Tengkorak Emas is owner of this blog.”

Aku tertarik untuk membuat entri yang berkaitan bukanlah untuk ‘menghentam’ Facebook dan mengulas keburukannya. Kerana pada pendapat aku, golongan penggunalah yang membentuk hala tuju penggunaan Facebook itu sendiri sama ada baik atau buruk.

Sebenarnya aku ingin mengulas lanjut tentang pasangan yang sedang hangat bercinta di Facebook. Seperti mana yang diulas bro belalang hijau, mereka tanpa segan silu memaparkan kisah kemesraan mereka, malah tidak malu untuk bertukar pasangan sesuka hati.

Cinta sebenarnya bukanlah sekadar untuk keseronokan, malah ia meletakkan perkahwinan sebagai satu matlamat bagi setiap percintaan. Ini bermaksud, setiap pasangan bercinta untuk hidup bersama sebagai suami isteri yang sah melalui perkahwinan yang sah. (Bukan sekadar status Married)

Dan perkahwinan itu mempunyai hukumnya sendiri berdasarkan keadaan tertentu.

Hukum Berkahwin/Nikah menurut Syarak;

Sunat

Apabila seseorang itu berhajat untuk berkahwin. Hatinya begitu inginkan perkahwinan dan dia mampu untuk membayar mahar serta mampu membayar nafkah ke atas isterinya. Serta tiada baginya keadaan yang memudaratkan dirinya jika tidak berkahwin.

Lebik baik tidak berkahwin

Seseorang itu berhajat untuk berkahwin, tetapi tidak mempunyai kemampuan ke atas mahar dan nafkah isterinya. Apatah lagi keperluan lain bagi sebuah rumah tangga. Dalam keadaan ini disunatkan baginya untuk berpuasa supaya dengan kesibukannya berpuasa dapat menahan dirinya.

Firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 33, yang bermaksud,

Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya.”

Makruh

Seseorang itu tidak berhajat kepada perkahwinan dan tidak juga meletakkannya sebagai matlamat. Ia juga tidak mampu membiayai mahar dan nafkah.

Afdhal tinggalkan (Keutamaan untuk tidak berkahwin)

Ia mempunyai kemampuan, tetapi tidak berhajat kepada perkahwinan. Kerana baginya ketika itu kesibukan ibadah atau menuntut ilmu lebih utama daripada berkahwin. (Tanggungjawab sebagai seorang pelajar)

Afdhal laksanakan (Keutamaan untuk berkahwin)

Seseorang itu tidak disibukkan dengan ibadah, mahupun menuntut ilmu. Malah ia mempunyai kemampuan walaupun tidak berhajat kepada perkahwinan. Dan jika ia berkahwin, perkahwinan itu membantunya menguruskan kehidupan seharian serta melahirkan zuriat. Malah mengelakkannya daripada perbuatan maksiat.

Okay, itulah hukum yang diletakkan syarak untuk berkahwin. Jadi kepada pasangan yang sedang hangat bercinta dan memaparkannya di Facebook, (bagaikan dunia hanya milik mereka) cuba muhasabah diri dan menilai sejauh mana matlamat percintaan anda serta hukum ke atas anda.

Jika sekadar untuk keseronokan, malah tidak mempunyai kemampuan, lebih baik menahan diri dan tidak perlu memaparkan kehangatan bercinta kepada semua orang. Tiada gunanya juga kemesraan yang terjalin andai anda bertukar-tukar pasangan. (dan masih dengan kelakuan yang sama)

Sumber rujukan: Fiqh al-Manhaji, Mazhab Imam as-Shafii’, Ahkamul Usrah (berserta ilmu yang telah diperolehi penulis (akulah tu ^__^, masih banyak perlu belajar) sebagai pelajar jurusan Diploma dan Syariah Perundangan Islam.


p/s:gambar di atas menunjukkan aktiviti ‘muka buku’ telah lama wujud sebelum laman sosial Facebook diperkenalkan :p