Follow Me on Twitter

Tuesday, October 26, 2010

Senja di Teluk Batik

Sabtu lalu aku ke Teluk Batik dengan family. Walaupun tak cukup kuota family sebab ada 2 orang adik aku di universiti dan matriks tapi still menyeronokkan dengan kehadiran nenek dan adik sepupu. Sempat menikmati pemandangan senja sebab bermalam di salah satu chalet di sana. Walaupun tiada kemudahan yang lengkap seperti tv, ia bukan masalah. Laptop aku sentiasa di bawa ke mana sahaja dan pastinya berserta DVD untuk ditonton seisi keluarga. (Bab-bab tayangan ni serah kat aku XD)

Aksi cemas berhadapan ombak yang sempat di’snap’ aku sebelum menerjunkan diri.

Pemandangan senja yang mengagumkan dan menyedarkan...waktu maghrib dah nak masuk!


Okay, kesimpulannya untuk percutian yang dirancang mengejut hanya semata-mata abah nak survey tempat untuk Family Day sekolahnya.

-Rasa gembira dapat pergi bercuti walaupun sekadar ke Teluk Batik. (Siapa tak suka pergi bercuti?)
-Rasa bengang tengok couple-couple muda macam belangkas.
-Rasa cemburu tengok yang dah berkahwin.
-Rasa ‘sedap gila’ bila air laut masuk hidung.