Follow Me on Twitter

Wednesday, October 20, 2010

Simple Reflection by Tengkorak Emas

-Kandungan artikel ini kebanyakan dalam Bahasa Melayu, tajuk di atas bikin kencang sahaja-

Sekadar berkongsi ilmu kepada sahabat bloggerku Amir Izzat si Pembebel Jalanan yang juga telah bertanyakan sesuatu padaku semalam tentang teknik reflection dalam Adobe Photoshop selain teknik customize text. Juga berkongsi dengan anda semua.

Apa yang aku tunjukkan ini hanya simple reflection. Langkah-langkahnya:

Taip teks dan duplicate layer teks itu. (Tekan Ctrl+J)


Pilih salah satu layer teks. Pergi ke tab menu Edit>Transform>Flip Vertical. Gerakkan teks yang diterbalikkan ke bawah mengikut gambar.


Klik kanan pada layer itu dan Rasterize Type. Tekan Ctrl dan klik thumbnail layer untuk membuat selection. Kemudian pilih Marque Rectangle Tool. (Lihat anak panah)


Dengan tool Marque yang aktif, tekan Alt+Shift dan buat separuh lakaran pada selection yang masih aktif. Hasilnya seperti di bawah.


Pilih Gradient Tool dengan warna putih, Foreground to Transparent. Lukis garisan gradient dari atas ke bawah pada selection yang tinggal. (Tekan shift sambil melakar bagi membentuk garisan lurus)


Tekan Ctrl+D untuk menghilangkan selection. Setkan opacity layer mengikut kesesuaian dan pilih Eraser Tool dan klik kanan pada workspace untuk pilih setting soft round 200 pixels. (default brushes) Padamkan sedikt bahagian bawah gradient layer tadi.


Hasilnya.

Inilah langkah bagi simple reflection. Terdapat banyak lagi teknik untuk menghasilkan reflection di sini. Seterusnya, terpulang pada kreativiti seseorang individu bagaimana untuk mengaplikasikannya.

Ini adalah contoh yang aku hasilkan melalui gabungan teknik copy paste dan reflection.


Contoh header untuk Oh Malaysia

Kepada yang berminat mencuba, good luck! ^__^