Follow Me on Twitter

Wednesday, October 27, 2010

Tengkorak Emas ada pedang samurai

Assalamualaikum kepada semua. Hari Isnin lepas aku ada tengok video dalam entri ‘Gaduh ngan samurai!’ di blog Keyrill Eduardo. Menurut komennya, peristiwa pergaduhan yang melibatkan pedang samurai dalam video tersebut telah lama berlaku.

Kenapa perlu berlaku sedemikian? Adakah disebabkan terlalu marah hingga sanggup mencederakan seseorang? Atau mungkinkah juga hendak menunjukkan keberanian dan kehebatan diri dengan adanya pedang samurai dan juga pengikut-pengikut tersendiri?

Walau setinggi mana kedudukan dan pangkat, walau seramai mana pun pengikut atau rakan, tidak bermakna kita boleh memperlakukan orang lain sesuka hati. Kebebasan bukanlah bermaksud kita boleh buat apa sahaja. Kita masih ada undang-undang yang telah digubal. Malah sebagai muslim kita ada hukum syarak yang tidak perlu dipertikaikan. Andai seseorang terbunuh atas tindakan kita yang tidak dapat mengawal perasaan dan berlagak hebat, pastinya hukum qisas sedia untuk dilaksanakan.

Sabda Rasulullah s.a.w;


Tidak halal darah seorang muslim kecuali salah satu daripada 3 perkara: Janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya memisahkan diri dari jamaah”

Untuk apa marah jika bukan kerana hak agama atau menegah kemungkaran. Pergaduhan yang sering berlaku selalunya hanya berkaitan perselisihan faham merebut kawasan, malah ada yang berpunca daripada perebutan kekasih. Marah sebegini adalah marah yang dicela kerana ia lahir daripada hawa nafsu dan di luar kawalan.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi;


“Bahawasanya seorang lelaki berkata pada Rasulullah s.a.w, “berikan aku wasiat,” maka Rasulullah menjawab, “jangan marah” lelaki itu bertanya lagi, dan baginda menjawab lagi, “jangan marah”

Lainlah halnya jika marah demi mempertahankan hak agama dan bencikan kemungkaran yang berlaku. Inilah sifat marah yang sebaiknya. Marah yang boleh dikawal. Ambil sahaja contoh sikap Nabi Muhammad s.a.w ketika marah.

Setelah pembukaan Kota Mekah, pada saat itu datanglah musuh-musuh Islam yang sudah insaf dan sedar kesilapan mereka malah ingin meminta maaf kepada baginda dan memeluk Islam. Termasuklah sepupu baginda, Abu Sufyan bin al-Harith bin Abdul Muttalib yang banyak menyakiti hati baginda melalui syair-syairnya. Baginda yang marah dengan sepupu baginda hanya memalingkan muka dan tidak memandang ke arah Abu Sufyan. Namun akhirnya baginda memaafkannya.

Jika kita, pasti marah itu akan disertai dengan maki hamun dan celaan, yang pastinya membuatkan hati bertambah sakit dan pedih. Malah, bukan penyelesaian yang diperoleh, tetapi ianya berlanjutan dengan pergaduhan. Jadi, marilah kita mengawal perasaan marah kita supaya tidak terlalu ikutkan perasaan sehingga boleh mencederakan orang lain.

Okay, berbalik kepada tajuk entri. Tengkorak Emas ada pedang samurai. Tiada tanda soal. Ia berbentuk pernyataan. Memang aku ada pedang samurai. Bagi aku tak perlu tunjuk lagak dengan adanya senjata. Bare hands and fist lebih baik. Macam Ip Man. Namun, seni mempertahankan diri bukanlah dipelajari untuk tujuan pergaduhan dan mencari siapa lebih hebat. Tetapi lebih kepada mengenal potensi diri dan menjadikan tubuh kekal cergas. (Kalau betul-betul mahu bertanding, sila gunakan saluran yang sesuai melalui pertandingan rasmi)

Jadi, atas permintaan Keyrill, aku tunjukkan pedang samurai aku di blog ini. Jarang aku nak tunjukkan pedang ni pada sesiapa.

 ~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
Tadaa!!

Tajam woo...XD

p/s:^___^ Jangan marah na...aku memang suka kumpul koleksi pedang ni hehe...Setakat ni yang aku tau replika pedang banyak jual kat Ipoh Parade je. Ada sesiapa tau tempat lain?