Follow Me on Twitter

Thursday, October 14, 2010

Tengkorak Emas buat eksperimen

Assalamualaikum buat yang hadir ke blog ini. Minggu lepas aku ada dapat sesuatu info menarik daripada emakku. Dan baru sekarang aku berpeluang untuk berkongsi dengan anda semua. Info tentang eksperimen yang mak aku ingin adakan dalam bentuk pertandingan.

Emak aku seorang guru Sains di sebuah sekolah rendah. Jadinya, eksperimen itu mestilah berkaitan sains. Mungkin ada yang dah tau konsep eksperimen ini. (Konsep eksperimen ini berkait dengan titik pusat graviti)

Tetapi aku baru tau...(haha dulu tak nak belajar sains betul-betul) dan ianya agak mengagumkan juga.

Tahukah anda tin minuman yang sudah kosong ada kegunaan lain selain untuk dijual? Ia boleh digunakan untuk eksperimen sains ini. (Juga boleh dianggap silap mata kot) Untuk eksperimen ini aku nak tunjuk bagaimana kita boleh buat tin minuman itu diletakkan condong tanpa jatuh.

Kita cuma perlu ada 1 tin minuman kosong dan air lebih kurang 100ml. (Kalau tin minuman yang masih belum habis airnya juga boleh digunakan dengan syarat air yang ada, lebih kurang suku dalam tin tu)


Bagi tin minuman yang kosong, anda perlu masukkan air ke dalamnya.


Condongkan tin tersebut pada sudut lebih kurang 45ยบ. Lepaskan perlahan-lahan.


Tadaaa!!

Kagum tak? Ke dah tau trick ni? Alamak...takkan aku je baru tau... =__=

p/s:Lepas ni sambil-sambil minum 100Plus, aku nak test buat depan org, tengok apa reaksi...hehe