Follow Me on Twitter

Tuesday, October 5, 2010

Tuan pegawai JPJ, minta tolong sikit..

Pukul 8 pagi nanti salah seorang adik aku akan menjalani ujian memandu JPJ di Nilai. (Hai harapnya kali ini luluslah ye wahai adikku) Sabtu dan Ahad lepas aku dah luangkan masa untuk melatih dia di tempat meletak kereta Stadium Kuala Selangor. Ada dua sesi pagi dan petang. Percuma pula tu. Walaupun tiada kelulusan menjadi tenaga pengajar hehe

 Sedang dilatih 'cikgu' yang pro, melatih sambil snap gambar ^__~

Apa yang aku lihat, adik aku masih perlu membiasakan diri mencari fokus ketika memandu. Masalahnya apabila terlalu menumpukan untuk membelok, pasti akan lupa untuk menukar gear supaya bersesuaian dengan kelajuan. Bila memandu, semestinya perlu fokus kepada beberapa perkara dalam masa yang sama. Jadi, hanya melalui latihan dan pengalaman, kemahiran fokus ini akan berkembang.

 Sesi latihan 11-12 tengahari

Lagi satu yang aku perhatikan, keyakinan diri juga amat penting ketika memandu. Jika teragak-agak membuat keputusan/lambat bertindak, padah akibatnya. So adikku, tolong jangan takut-takut masa ujian nanti. Bina keyakinan diri dan jadikan kelulusan adikmu (adik aku yang seorang lagi) sebagai motivasi diri. (Kalau abang ada duit bolehlah hadiahkan kereta kalau lulus ^___^)

Tetapi secara keseluruhannya, memang ada kemajuan. Jadi teruskan dan buat yang terbaik masa ujian nanti. (Abang dah tulis kat blog ni jangan tak lulus pula =___=)

 Wei, pasai pa hang tinggal aku?

So kepada pegawai JPJ yang bertugas menjadi penilai nanti, tolonglah luluskan adik saya ye. Harap-harap adalah sedikit timbang rasa daripada anda jika berlaku kesilapan sedikit (biasalah gementar).

p/s:Anda semua tolong doakannya juga ^__^