Follow Me on Twitter

Friday, November 26, 2010

Aku rindukan qarinah...

Hari ini tiada idea untuk buat ulasan tentang khutbah Jumaat. (Khutbah hanya berkisar tentang cuti sekolah yang perlu dimanfaatkan remaja yang bersekolah) Tetapi inspirasi muncul apabila selesai sahaja solat dan ketika aku sedang berjalan ke kereta di mana aku terdengar pengumuman dibuat,

“Assalamualaikum, kepada sesiapa yang tercicir handphone, sila berjumpa dengan pegawai masjid...”


Kalau cuai dan yang ni tercicir...haru biru woo....

Tiba-tiba aku terbayang bagaimana jika ada lebih daripada seorang mendakwa handphone yang dijumpai itu kepunyaannya?

Maka di sinilah peranan qarinah sebagai keterangan pemilik asal handphone itu.

Apa itu qarinah aka Keterangan Keadaan?

Menurut Dr Abd Karim Zaidan, qarinah bermaksud petanda atau keadaan yang dengannya menunjukkan kewujudan atau penafian sesuatu.

Menurut Seksyen 3, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, qarinah adalah fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi.

Secara ringkasnya, qarinah merupakan fakta yang mempunyai kaitan / hubungan / pertalian / gabungan kepada fakta-fakta lain.

Jadi di manakah qarinah dalam kes handphone tadi?

Setiap kali seseorang mendakwa handphone yang tercicir itu kepunyaannya, maka si pegawai masjid akan menyoalnya beberapa soalan.

“Apakah jenis handphone?”
“Warna handphone?”
“Keadaan handphone?”

Jika kesemua soalan dapat dijawab dengan tepat, maka jawapan itu merupakan qarinah kuat yang membuktikan seseorang itu pemilik sebenar handphone itu.

Qarinah vs Qarinah = Qarinah yang kuat menang

Seperti mana kes abang-abang Nabi Yusuf yang melontar Nabi Yusuf ke dalam telaga kemudiannya membawa baju Nabi yusuf yang berlumuran darah lalu dikatakan kepada ayahanda mereka Nabi Yaakub bahawa Nabi Yusuf dimakan serigala. Bagaimana boleh dikatakan Nabi Yusuf dimakan serigala sedangkan baju itu tidak koyak dan elok keadaanya. Lalu Nabi Yaakub yang jauh lebih berpengalaman dapat mengetahui muslihat mereka namun memilih untuk bersabar. (Lihat Surah Yusuf: Ayat 17-18)

Baju berlumuran darah vs Tidak koyak = Tidak koyak (Jika dimakan serigala pasti koyak)

Jadi itulah serba sedikit tentang qarinah yang aku pernah belajar dulu dalam jurusan Diploma Syariah dan Perundangan Islam. (Kalau ada tak faham boleh tanya. Boleh refresh balik ilmu yang dapat dulu)

Hmm...selesai isu pertikaian milik handphone tu (kalau ada pertikaianlah) Nasib baik yang buat pengumuman tu tak seperti orang dalam kisah di bawah...

A: Aku ada teka-teki. Ko jawab betul aku bagi RM10.
B: Apanya?
A: Apa ada dalam kotak ni?
B: Apa dalam kotak ni?
A: Ek eleh...jawabla...takkan nak aku bagi tau dalam kotak ni ada bola.

XD

p/s:Ilmu tentang qarinah...aku rindukannya :D