Follow Me on Twitter

Wednesday, November 3, 2010

BFT: New social network movie coming up?

“Kenapa aku perlu melibatkan diri?”

“Ini semua ada kaitan dengan masa depan kita”

“Bukannya aku dapat pergi pun nanti”

“Tapi sekurang-kurangnya berilah sokongan”

Sokongan? Sokongan untuk apa?


Ya, sokongan anda amat diperlukan bagi merealisasikan proposal saudara Joegrimjow menjadi kenyataan, iaitu gathering besar-besaran melibatkan Facebooker, Tweeple dan semestinya Blogger! Aktiviti yang akan dijayakan dengan dana sebanyak RM 10 ribu daripada DiGi sempena cabaran minggu ketiga Free Your Ideas dari DiGi Youth yang telah pun bermula.

“Wow! Saya sokong!”

Masih belum cukup. Kita perlu undi proposal Joe supaya proposalnya berada di kedudukan pertama pada minggu ini (dengan kata lain pastikan sentiasa ada dalam kelompok leaderboard) Promosi habis-habisan kepada rakan dan VOTE (Boleh promosi melalui post di Wall Facebook dan Twitter) Dengan itu barulah program gathering ‘When Blogger, Facebooker, and Tweeple meet together’ dengan wang tajaan RM 10 ribu itu dapat direalisasikan!

Minggu pertama, proposal tersebut telah berjaya mendapat kedudukan ketiga tetapi ia masih belum cukup untuk memenangi RM 10 ribu seterusnya merealisasikan rancangan bagi aktiviti tersebut. Pada mulanya, aku menyangkakan yang proposal tersebut pasti boleh diterima dan disukai dengan mudah. Tak sangka pula begitu banyak saingan daripada pihak-pihak lain.

Jadi kali ini Tengkorak Emas takkan berdiam diri. Walaupun aku tak dapat mengundi kerana tiada akaun Facebook (soal prinsip), aku tetap adalah seorang Blogger. Seorang blogger sama seperti anda yang pastinya akan tumpang gembira jika aktiviti gathering terbesar itu berjaya dilaksanakan. Aktiviti yang pastinya diisi dengan program-program bermanfaat di samping saling berkenalan antara satu sama lain.

Jadi, apa tunggu lagi? Klik http://t.co/p2UNc2U dan VOTE

Oh, tentang tajuk entri. Hm...kenalah gathering dulu baru boleh bincang pasal filem ^___^ Jadi kalau nak gathering pula, undilah! Poster filem dah siap dah. Tinggal nak pilih pelakon-pelakon di kalangan Blogger, Facebooker, dan Tweeple. Yang dalam poster tu sah-sah watak utama mwahahaha XD

BFT the Movie: Blogger Facebooker, Tweeple
Abaikan orang-orang yang sama (tak larat aku nak bergaya lebih huhu)

p/s:Nak tahu lebih lanjut tentang rancangan Joe? Klik sini. Tolong promosikan ye.