Follow Me on Twitter

Thursday, November 11, 2010

Cerita Kreatif


“Memang best pun,” jawabku sambil tersenyum ^______^

Gembira aku melihat perubahan sahabatku yang seorang ini. Sikapnya yang suka bermurung berubah sama sekali sejak mengenali dunia blog. Ya, aku sentiasa mengikuti perkembangannya, kerana aku adalah orang yang mengenalkan dunia blog kepadanya.


Daripada asyik bermuram dan bermasam muka serta duduk dalam dunianya sendiri, kini dia mampu tersenyum dek kerana gelagat dunia blog yang penuh ragam. Cakap sahaja apa yang kau mahu. Nak isu-isu menarik boleh tengok di borak kosong. Nak kartun comel boleh tengok blog Realiti Konspirasi. Nak komik lawak boleh tengok blog Joegrimjow. Nak kesedaran hidup boleh lawat blog Ben Ashaari. Jadi takkanlah dia tidak mampu tersenyum.


Dunia blog mengajarnya menerima kekurangan dirinya serta berbangga dengan kelebihan yang ada. Walaupun rupa serba kekurangan, tapi aku menggalakkannya memberanikan diri berkomunikasi dengan blogger-blogger lain, bersikap mesra dan elakkan sebarang permusuhan. Sentiasa layan sikap pembaca yang pelbagai ragam dengan senyuman dan jadi blogger yang ada identiti sendiri.


Tak sangka pula dia begitu cepat memahaminya. Cepat betul dia berkawan dengan blogger-blogger lain. Untungnya, dia berjaya menumpang sedikit sebanyak populariti blogger-blogger, yang terkenal terutamanya. Letak sahaja tajuk entri berkenaan ‘Ben Ashaari’ pasti ramai yang datang menjengah. Pada ketika ini, si blogger popular pun tidak keberatan untuk membantunya. Ya, dunia blog indah sekali.


Kemudian dia mula belajar menjaja sendiri nama blognya. Tiada lagi widget pelik-pelik dalam blognya menjadikan blognya ‘ringan’ walaupun rupa tidak seberapa. Isi blognya yang bagus ditambah usaha tidak mengenal lelah, nama blognya mula dikenali. Ya, itulah hasil promosi dan ‘jajaan’ yang tidak mengenal malu.


Hasilnya?Tu diaa...Buffered earning dah mula masuk berderet-deret. Hati siapa yang tak teruja melihat dengan mata sendiri duit sedang dijana? Hatinya berbunga-bunga lalu dia menggiatkan promosi dengan menganjurkan contest dan giveaway. Nah..tu diaa...follower pun bertambah-tambah..


Tapi dia masih sedar tentang tujuan blognya dibuat. Baguslah, aku tak mahu hatinya gelap dengan wang semata-mata. Dunia blog lebih indah jika dijadikan platform bertukar pendapat dan mencari kenalan. Tapi aku tau, dia dah cukup bersedia dengan teknik SEO yang dia pelajari dari Ariffshah, teknik backlinks dan teknik meningkatkan Page Views. Tu yang dok relaks je tinggal fikir idea entri. Relaks-relaks pun Alexa Ranking blognya semakin ‘menurun’ tanda semakin baik.


Dan sekarang, orang yang bertanya padaku awal-awal tadi, telah berubah menjadi blogger yang matang. Dia menjadi seorang blogger yang mula membantu blogger-blogger baru lain. Daripada seorang blogger baru, dia berubah menjadi blogger yang sudah memahami asam garam pahit manis dunia blog. Caci maki, rasa tidak puas hati, dan lemah semangat ditanganinya dengan baik,menjadikan dunia blog sentiasa kekal indah pada pandangannya.

p/s:Entri ini adalah sempena segmen ‘Cerita Kreatif’ anjuran Ben Ashaari di sini. Salah silap atau tersinggung perasaan harap dimaafkan ^___^