Follow Me on Twitter

Saturday, November 13, 2010

Contest Meneka Gambar S.B.T


Baru-baru ini bro Belalang Hijau dari Suara Bawah Tanah menganjurkan contest pertamanya di dunia blog ni. Contestnya amat mudah iaitu cuma perlu meneka gambar. Jawapan paling tepat akan menerima RM 50. Contest ini akan berakhir pada 6 Disember 2010. Jadi apa tunggu lagi, Mari kita sama-sama memeriahkan contest bro Belalang ni sebagai tanda sokongan buatnya ^__^

Teka apakah gambar ini.

Klu: Besi, mudah didapati, sangat berguna

Butir-butir contest adalah seperti berikut:

  • harus menjadi follower S.B.T
  • buat satu entri yang bertajuk 'Contest Meneka Gambar S.B.T' dan tulis jawapan yang anda fikir betul pada entri itu.
  • copy banner ke entri dan sidebar
  • tinggalkan link yang mempunyai jawapan pada kotak komen di sini (sila klik)
  • peserta hanya dibenarkan memberi satu jawapan sahaja
  • hanya seorang peserta yang memberikan jawapan paling tepat akan dipilih sebagai pemenang.
  • sekiranya pemenang lebih dari seorang,pemenang akan ditentukan oleh pihak penganjur dengan cara cabutan undi
  • keputusan penuh akan diberi tahu melalui 1 entri khas selepas tarikh tutup penyertaan.

Okay, jom ramai-ramai menyertainya!


Opss...lupa pula aku belum memberikan jawapan. Patutlah geng-geng Belalang Hijau pandang aku semacam je..

Hmm..apa sebenarnya ye...nampak senang tapi susah juga...Nasib baik aku dah jemput seseorang yang arif tentang besi ni.


“Ya, Tengkorak Emas, apa boleh aku bantu?” dengan penuh bergayanya dia...

“Ironman, ko agak-agak apa sebenarnya gambar ni?”

“Memang itu sebenarnya gambar”

“Ceh, memangla gambar...gambar apa? Ha, ko jangan jawab War Machine lak”

“Okay, jika melihat sudut antara dua besi tu, mungkin boleh dikatakan penyangkut baju besi...tapi, setelah dianalisis, gambar tersebut mempunyai resolusi yang rendah, membuktikan ia telah di zoom dan dipotong. Jadi pastinya objek dalam gambar tersebut merupakan objek yang kecil”

“Pin kain?”

“Yup, good luck!”

Eh, tiba-tiba je si Iron Man ni terbang tinggalkan aku...ingat bergaya sangatlah tu...huhu

Boleh percaya ke Iron Man ni...objek dalam gambar mempunyai bayang yang jelas...dan berdasarkan klu, ia sangat berguna...pada pendapat aku, jarang orang guna pin kain tu...

Okay, bro Belalang Hijau, jawapannya adalah penggantung baju besi! (hanger)


p/s:Entah kenapa geng-geng Belalang ni masih usha aku dengan ketat...panjang sangat kot entri ni...huhu...sowi..jari tak tertahan menaip. Jom join contest ini di sini.