Follow Me on Twitter

Tuesday, November 2, 2010

Gol kontroversi Nani: Sedikit penjelasan

"Siapa Nani ni?"

Nani Backflip
"Backflip will return" : Google Images

Pada Sabtu lepas, Kelantan menang Piala Malaysia. Mestilah semua orang dah taukan...haha Ni yang aku nak ulas sikit bukan tentang match tu. Match tu memang mantap dan menarik. Sebenarnya pada malam yang sama aku juga turut menonton match antara Manchester United dengan Tottenham Hotspur. Sekali lagi Tottenham tak dapat memecahkan rekod Manchester United apabila mereka tumbang 2-0 di Old Trafford.

Tapi sebenarnya bukan kemenangan tu yang menjadi topik sejak akhir-akhir ini. Banyak tweets yang aku terima masih mengulas tentang gol kontroversi Nani. Boleh tonton video di bawah.



Jadi, aku sebagai salah seorang penganalisis  tergerak juga untuk mengulas gol tersebut. Tak kiralah anda peminat bola sepak atau bukan. Yang penting, memang situasi menarik untuk dikongsikan. Seriously XD

Daripada segi teknikal, gol Nani adalah sah menurut peraturan permainan. Kerana pengadil tidak memberikan sebarang tiupan wisel menandakan sepakan percuma disebabkan tangan Nani sudah terkena bola. (Begitu juga penjaga garisan tidak mengangkat bendera)

Anggapan pengadil pada ketika itu adalah untuk memberikan Tottenham kelebihan bagi meneruskan permainan tanpa perlu menunggu sepakan percuma. Malangnya Gomes, penjaga gol Tottenham menyangka sepakan percuma diberikan.

Nani kemudiannya bangun (setelah rayuan penaltinya ditolak) dan diarahkan oleh Paul Scholes untuk menendang bola berkenaan. Nani kemudiannya menyedari bahawa tiada sepakan percuma diberikan walaupun bola sudah terkena tangannya, lalu meyepak bola ke arah gol.

Maka, inilah isu terbaru dalam kancah bola sepak Inggeris sekarang. Gomes menyalahkan pengadil kerana tidak memberikan sebarang isyarat tangan melainkan hanya mengangkat bahu sebagai tanda permainan diteruskan. Penjaga garisan pula lambat mengangkat bendera apabila tangan Nani terkena bola (Hanya mengangkat bendera apabila Gomes meluru padanya) Pengadil pula mengatakan tidak melihat tangan Nani terkena bola dan memang bertujuan untuk memberikan kelebihan kepada Tottenham.


Malangnya salah faham berlaku. Namun gol Nani tetap diterima dan ini telah memberikan semangat buat dirinya untuk terus menjaringkan gol buat Manchester United. Lebih-lebih lagi untuk awal pagi ini apabila Manchester United menentang Bursaspor dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Petikan kata-kata Nani,

The next goal I score I promise for the fans that I will do the backflip, the one without putting my hands down!"

p/s:Yup, aku rindu backflip dia :D so apa-apa hal aku nak tido awal...hehe selamat malam semua...awal pagi nanti nak bangun (bukan main lagi...kalau qiamullail...zzz)