Follow Me on Twitter

Tuesday, November 2, 2010

Kemenangan Tengkorak Emas

Assalamualaikum..ini cuma entri ringkas daripada Tengkorak Emas. Hmm...tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata tentang berita yang telah aku terima di sini. Ini kali kedua aku menang tempat pertama. Jadi cuma nak berkongsi perasaan aku dengan anda semua. (nampak cool je macam tiada perasaan)


Yes, aku menang contest! (Tiba-tiba excited :p) Aku menang Contest Review Blog Dauspozi.com! Pergh...hadiah tempat pertama tu dahla menarik. Tapi sayang...aku mungkin cuma boleh fokus pada hadiah topup tu buat masa ni. Tentang domain dan hosting? Aku cuma tau maksud perkataan tu je tapi tak tau dengan lebih mendalam. Terutamanya bab-bab hosting ni. Ada sesiapa boleh ajar? (Yang membuatkan aku tak berapa faham tu apabila ianya melibatkan platform untuk blog...hm...aku pun tak faham apa aku taip..haha)

Okay, terima kasih banyak-banyak pada Daus Pozi selaku penganjur contest yang memberikan peluang kepada aku untuk menyertai contestnya. Lepas ni bila Ingat Hijau mesti Ingat Daus punyalah ^___^ Jadi kepada mana-mana blogger baru yang masih belum mengenali Daus ni, silalah ke blog Daus Pozi. Memang menarik! Ingat Hijau Ingat Daus!

Terima kasih juga kepada penaja-penaja contest Daus Pozi ni iaitu IhosterzYanmieMantraChe Noorazma, NoridahFareed Sairi, Yiedpozi. Tanpa mereka tiadalah hadiah-hadiah yang begitu menarik untuk contest ni ^___^

p/s:Kepada pemenang lain, tahniah aku ucapkan. Dan kepada semua peserta, we are always the champ, disebabkan kita adalah mereka yang telah dilahirkan ke dunia ini. Hm..Ringkaslah sangat entri ni...ceh!