Follow Me on Twitter

Thursday, November 11, 2010

Lawak dalam serius

Aku ada menerima satu emel lawak (bagi akulah) dalam inbox emel yahoo aku. Memang tergelak aku baca. Pada mulanya tak terfikir pun nak buat entri tentang ni, tapi bila fikir balik memang idea best nak berkongsi ‘lawak’ ni.

Ini emel yang aku dapat. Daripada ‘Maybank’.


Sebenarnya, ini adalah salah satu bentuk serangan yang dinamakan Phishing. Kalau link yang diberi ditekan, maka anda akan dihubungkan dengan satu laman yang dibangunkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai institusi tertentu (selalunya bank) untuk memperolehi maklumat sulit anda seperti kata laluan, id, no kad kredit dan sebagainya.

Jika anda tidak menyedarinya, malah menganggap ianya benar lalu link tersebut ditekan, Google Chrome memang akan memaparkan amaran yang mengatakan ianya Phishing Site. Jadi, selepas keluar amaran diharapkan anda menyedarinya dan elakkan dari melayari laman tersebut.

Kepada yang tiada sistem amaran, diharap jangan mempercayai emel sebegini.

Penerangan lanjut oleh Sifu Google.


Okay...kenapa aku rasa lawak dan tergelak baca emel tu?

~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~

Sebab aku tiada akaun Maybank XD

p/s:Manchester United sekadar seri dengan Manchester City di Eastlands (Stadium Man City...so Man Utd, still unbeaten, yeah!