Follow Me on Twitter

Monday, November 29, 2010

Lebih bermakna daripada SHOUT! Awards?

Baru-baru ini aku dapat award lagi. YES! Award kali ini diberikan oleh kak Hanim aka Ciao Annin-sama setelah beliau tag aku untuk terima award yang sama. Ok, dah dapat award, tiba masa untuk buat assignment ^___^




Blog kak Hanim ni berkisar tentang kisah sehariannya dan kegemarannya terhadap Jpop, manga serta anime. Dengan gaya penulisannya yang sentiasa happee, maka aku pun turut gembira membacanya :D

Nama blog anda dan kenapa anda letak nama itu.

Tengkorak Emas. Well...kepada sesiapa yang mengenali aku di dunia realiti, kadangkala nama Tengkorak Emas adalah nama yang akan disebut orang tiap kali berjumpa dengan aku. Ia adalah nama samaran dan juga dipersetujui untuk menjadi nama kumpulan. Tapi kumpulan itu sudah tidak begitu aktif, dan aku tidak mahu nama Tengkorak Emas berkubur begitu sahaja.

URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu.

http://tengkorakemas.blogspot.com. Ia datangnya daripada nama samaran aku sendiri. Pada mulanya aku mahu letakkan ‘Art of Rebel’ tapi biarlah itu menjadi tagline blog aku. Walaupun aku tidak lagi meletakkannya tapi itulah taglinenya.

Apakah kaedah dalam penulisan blog anda?

Aku selalu taip dalam Microsoft Word dahulu sebelum Ctrl+A, Ctrl+C dan Ctrl+V ke dalam Blogger Post, Preview dan Publish. Jarang aku menyimpannya sebagai draft. Aku rasa gaya penulisan aku kebanyakannya serius dan aku akui aku tidak begitu pandai membuat lawak melalui penulisan. Dan pastinya dengan ayat yang skema. Tiada salahnya bukan? Kerana di dunia realiti sendiri aku sudah cukup banyak menggunakan bahasa singkatan. (dalam komen mungkin aku guna bahasa singkatan)

Apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak. (Kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendah diri)

Kecantikan itu adalah subjektif dan ia diterima melalui pelbagai sudut pandangan. Warna pink adalah cantik tetapi ia tidak sesuai dengan blog aku. Corak bunga adalah cantik tetapi aku lebih sukakan corak bloodstain untuk blog aku. Jadi cukup rasanya jika aku rasa gembira dengan blog aku. Cukup sahaja aku memuji kecantikan blog orang lain tetapi untuk bersaing dengannya jauh sekali. Adalah lebih baik aku bersaing untuk artwork design.

Bilakah blog anda diwujudkan?

Blog ini diwujudkan pada Jun 2010. Sebelum itu aku hanya seorang silent reader dan kadangkala menjadi ‘anonymous’. Pada ketika itu aku cuma tahu ‘anonymous’ hanya untuk orang yang tiada blog dan bukan untuk seseorang memaki hamun atau mengutuk seperti bak kata Daus Pozi, ‘antel’ (anon tanpa telur) Jadi komen-komen aku kesemuanya adalah bagus dan membina. Percayalah ^___^

Siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda?

Dua orang adik aku. Mereka mempunyai private blog semata-mata supaya aku tak dapat follow mereka semula. Kejamkan? =_= Anyway, thanks to both of you. And all followers / nakama.

Sila tag 5 org lain untuk menerima anugerah dan serahkan syarat syarat ini.


Okay, dah buat kak, Jadi saya ambil award tu ye? :D Tapi maaflah sebab saya terpaksa suruh wakil saya ambilkan lagi. Cuma wakil yang berbeza dan tak mahu namanya didedahkan.

Saya sibuk sedikit kebelakangan ini menjalani latihan untuk perlawanan suku akhir Piala Liga Carling. Manchester United bakal bertandang ke Upton Park menentang West Ham United. Doakan kejayaan saya XD