Follow Me on Twitter

Thursday, November 25, 2010

Maaf yang dipinta, kemaafan yang diberi

Hmm...tamat sudah tugasku sebagai pemandu pelancong keluarga Pak Ngahku. Pagi tadi mereka telah berangkat ke Miri, Sarawak sebelum bertolak ke Limbang. Tiba-tiba terasa sunyi pula di rumah ni...Ahad ni family aku pula akan berangkat ke Kuching, dan aku akan tinggal keseorangan.

“Oh, kepada Pak Ngah dan keluarga, maafkan kami jika tidak menjadi tuan rumah yang baik. Maafkan kami jika ada kekurangan yang dirasai sebagai tetamu sepanjang berada di rumah kami. Harap-harap kekurangan yang ada dapat dimaafkan”


Bercakap tentang kemaafan, aku ada terbaca kata-kata editor Majalah i (edisi Oktober 2010), Ahmad Yani Abd Manaf. Beliau mengulas tentang ayat di atas di mana ianya mengajar umat Islam melakukan dua hal kepada orang yang pernah melakukan kesalahan iaitu al-afwu iaitu memberi maaf dan as-shafhu iaitu berlapang dada.

Dalam bahasa al-Quran, al-afwu bererti menghapus atau menghilangkan luka-luka lama yang ada dalam hati. Ini bermaksud kemaafan yang diberi menandakan tiada lagi ingatan tentang kesilapan yang dibuat oleh seseorang kepadanya. Tiada lagi dendam atau rasa tidak puas hati dan ungkit mengungkit.

“Aku minta maaf ok? 0-0 tau?” Biasa dengar ayat ni?

Tetapi, pada kebiasaannya, nilai kemaafan mungkin sukar dicapai kerana ada kesilapan dan kesalahan yang  sukar dilupakan, jadi setiap permulaan semula mungkin tidak begitu baik. Maka, di sinilah peranan as-shafhu, iaitu berlapang dada dengan melupakan hal yang telah lalu dan membuka lembaran kisah yang baru.

Bak kata pepatah, “Buang yang keruh, ambil yang jernih”

Maka, kedua-dua itu adalah sesuatu yang berkait bagi menghidupkan lagi hubungan persaudaraan. Di samping itu, kita digalakkan untuk berbuat baik dan terbaik iaitu ihsan. Meminta maaf adalah kewajipan, tetapi memberikan maaf sebelum diminta adalah keutamaan yang berpunca daripada ihsan. 

Dengan kemaafan, tiada permusuhan dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran.