Follow Me on Twitter

Tuesday, November 16, 2010

Mencapai pemikiran positif

Berfikiran positif adalah salah satu cara untuk berdepan masalah dan menghadapi cabaran. Sikap berfikiran positif semestinya ada pada setiap manusia supaya sikap putus asa dan lemah semangat dapat dielakkan.


Kegagalan dan kesilapan memang tak dinafikan akan berlaku, tetapi kemampuan untuk bangkit semula adalah kejayaan yang hebat. Bagaimana untuk bangkit semula? Salah satunya adalah dengan berfikiran positif. Berfikiran positif yang dimaksudkan tidaklah sama dengan sikap mengambil mudah. Sikap mengambil mudah disusuli dengan sikap bertangguh manakala berfikiran positif disusuli dengan tindakan.

Bagaimana kita boleh mencapai pemikiran positif?

100 ayat sehari

Setiap hari amalkan bacaan 100 ayat al-Quran sehari. Mengikut Dr Azhar Sarip dalam artikelnya dalam sisipan ILUVISLAM November, 100 ayat al-Quran yang dibaca akan merangsang otak kanan seseorang. Apabila otak kanan menjadi luas penggunaannya, maka seseorang akan melihat segalanya secara positif serta melihat jalan keluar bagi setiap masalahnya. Teknik otak kanan ini seterusnya membantu membentuk nilai peribadi yang baik malah mengukuhkan ikatan hubungan dengan Allah.

Adakah sukar 100 ayat sehari? Tiada masa? Kecilkan skop dan pandang positif = 20 ayat x 5 KALI SOLAT

All is well

Katakan pada diri semuanya adalah baik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dengan pendekatan begini memang ia tidak menyelesaikan terus masalah, tetapi ia memberikan anda kekuatan untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah.


Bersabar itu lebih mudah

Pernahkah anda mendengar kisah petani miskin dan angsanya yang bertelur emas? Disebabkan tidak bersabar dan inginkan kekayaan pantas, perut angsanya dibelah dengan harapan dapat memperoleh telur emas yang banyak berbanding sebiji telur emas setiap hari. Namun, apa yang diperolehi, hanyalah kematian angsanya.

Lihatlah akibat tidak sabar. Bersabarlah ketika menghadapi ujian dan cabaran. Teruskan bersabar, insyaAllah anda mampu berfikir secara positif.


Sekian. Salam mesra daripada Tengkorak Emas, perunding motivasi anda XD

(Sumber dan inspirasi serta gambar)
Dr Azhar Sarip, ‘100 Ayat Sehari’  ILUVISLAM 5-11 November 2010, m/s 34.
Filem 3 Idiots, ‘Rancho always said All is well’.
Zul Ramli M. Razali, U-Turn Ke Jalan Lurus m/s 38.
Google Images

p/s:Bersabar atas pengorbanan, dan bersyukur atas dugaan, Selamat Hari Raya Aidiladha ^___^