Follow Me on Twitter

Tuesday, November 23, 2010

Mini Showroom - Yamaha YZF R6

Blogger popular setuju konvoi dengan aku? Ha, jangan tak percaya hehe....tapi aku nak kena beli superbike dulu, barulah sepadan sikit dengan Kawasaki ER6n milik beliau.



Beliau yang dimaksudkan adalah bro Sop, pemilik blog Riwayat Hariku ^____^

Okay, kembali pada topik showroom, ini adalah sebahagian koleksi aku, die-cast scale model 1:12 Yamaha YZF R6. (Tengah-tengah berangan naik superbike, teringat pasal showroom model die-cast aku)

Perbandingan spesifikasi model 2005 dan 2011


Pandangan sisi

Antara dua pandangan ni, mana satu ‘killer view’?

Bercakap pasal konvoi pula, impian aku adalah gunakan model superbike Yamaha R1, membelah arus lebuhraya....pergh...

Okay juga kan aktiviti konvoi? Lepas tu buat kerja amal kat mana-mana badan kebajikan ke....bagus juga untuk aktiviti blogger tu. Tapi buat masa sekarang, memang dah ada aktiviti menarik untuk blogger. Bukan setakat untuk blogger, malah Facebooker dan Tweeple. Kalau nak maklumat lanjut sila ke page SNGATHERING. Memang menarik bagi yang ingin menyertainya!

“2011 ketul ayam untuk dimakan ketika gathering Januari depan! Pergh....”

p/s:Tahniah kepada pakcikku yang telah menjalani istiadat konvo di PWTC pagi tadi :D Tapi aku tak dapat menyaksikannya disebabkan aku drive ke Sabak Bernam pula untuk urusan temuduga adik aku bagi kemasukan ke Tingkatan 1 di SBP Integrasi Sabak Bernam.