Follow Me on Twitter

Monday, November 29, 2010

Misi menentang bekas kekasih awek

Perempuan itu benar-benar menarik perhatianku. Walaupun dirinya kelihatan dingin, namun ada sesuatu yang membuatkan aku ingin mendekatinya. Entah kenapa aku bertambah teruja untuk mengenalinya apabila ada rakanku yang memberi amaran kepadaku supaya menjauhi dirinya. Aku tak peduli semua itu. Yang penting aku ingin mengenalinya!

“7 orang bekas kekasih? Aku perlu berdepan semuanya?”


Hehe...secara ringkasnya itulah antara plot filem Scott Pilgrim vs. The World. Sebenarnya aku nak menulisnya dengan lebih dramatik lagi seperti blogger Faizal Sulaiman tetapi perlukan banyak latihan lagi.

Pada awalnya filem ini telah pun diulas oleh ata di blognya Time To Change. Tetapi memandangkan aku pun dah menontonnya maka aku nak ulas sikit tentang filem ni.

Filem ni dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif ala-ala permainan video, komik dan juga pertandingan Battle of the Band. Jadi memang ianya kadangkala mengarut. (ibarat dalam game) Bagi aku itu pun sudah cukup menarik perhatian penonton jadi mana-mana adegan tak senonoh boleh dibuang sama sekali.

Scott Pilgrim merupakan seorang pemain gitar bass akhirnya menemui cinta yang dirasakannya ‘benar-benar cinta’ bersama Ramona Flowers. Namun dia harus berdepan dengan sejarah silam Ramona apabila ‘League of Exes’ yang dianggotai oleh 7 orang bekas kekasih Ramona masuk campur untuk mengawal perjalanan cinta Ramona dan menyingkirkan Scott.

Maka Scott berdepan satu persatu daripada mereka, ahli sihir, pelakon filem, Rockstar, lesbian, kembar DJ, dan juga produser muzik. Setiap kali mereka berjaya dikalahkan, markah akan diberi dan begitu juga dengan duit. (kan dah kata tadi mengarut haha)

Kebaikan filem ini bagi aku adalah pada gaya persembahan filem yang tak membosankan (bayangkan tiba-tiba Scott yang lembik tu boleh pandai berlawan) Gaya penceritaan juga lancar namun perlu betul-betul difahami.. 

Keburukannya pula, ada beberapa adegan tak senonoh dan juga sikap saling bertukar-tukar pasangan (tak perlu couple kalau memang rasa tak sesuai)
  
Trailer filem


Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan komedi dalam bentuk persembahan kreatif dan penceritaan yang pantas, bolehlah menonton filem ni.


p/s:Love is battle. Fight for it.