Follow Me on Twitter

Tuesday, November 2, 2010

Operasi jawab tag lagi

Sekali lagi aku telah ditag untuk menjawab beberapa soalan. Kali ini aku telah ditag Amirah Hussin atau panggilannya Mira. Sebelum aku mula kembali untuk menaip entri yang lebih serius, sudikanlah baca entri tag ni ye.

Ada beberapa soalan yang perlu dijawab oleh orang yang ditag.

Apa benda paling penting dalam hidup?

hm...benda ye bukan orang...sebenarnya ia akan berubah mengikut masa dan keadaan. Buat masa ini, laptop aku yang paling penting. Dah 5 tahun aku jaga ia dengan baik, walaupun tak secanggih laptop-laptop yang ada di pasaran sekarang.

Memang wajib ada gambar dalam entri haha (Amacam? Boleh jadi duta tak? XD)

Benda terakhir yang dibeli guna duit sendiri?

DVD filem The Other Guys. RM6 dengan kualiti seperti original. (Maaf KPDN =_=)

Tempat ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan?

(Tiba-tiba je soalan ni..pergh)

Hm..di mana ye...hm..
(30 minit kemudian)
Hmm..
(1 jam kemudian)
Hmm...biar sederhana jela (ceh!)

Adakah anda sedang bercinta sekarang?

dup...dup...dup...dup... (degupan jantung seakan-akan menyebut namanya..cewah!)

Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?

Semua orang mahu kesetiaan yang tiada penghujungnya, lebih-lebih lagi kalau yang dah tetapkan matlamat nak membina mahligai bersama dan hidup bersama. Itulah jua yang aku mahukan. (pergh..)

Novel / buku / majalah terakhir yang anda beli?

Novel John Grisham, King of Torts, Majalah i Edisi Oktober 2010.

Antara mak dan ayah, mana lebih mesra?

Dengan mak. Kalau aku ada, akulah drebar mak ke mana sahaja yang mak nak pergi. Dengan abah pun ok jugalah, lebih-lebih lagi masa sama tengok match Liga Malaysia dan EPL.

Namakan orang yang anda betul-betul ingin jumpa dalam hidup?

Alex Ferguson. Ada sesuatu yang aku nak bincangkan XD

Adakah anda basuh baju sendiri?

Tak. ‘Housemaid’ dari Jepun tolong basuhkan. Panasonic namanya. :p

Tempat yang anda betul-betul nak pergi?

Lokasi di mana pernah terletaknya Kepulauan Atlantis.

Pilih satu, peluk atau cium?

Satu.

3 perkara tentang orang yang tag anda?
  • Accounting Students
  • Anak keempat daripada 9 adik beradik
  • Pandai masak karipap and donut

Benda yang anda sayang sangat-sangat dalam hidup?

Benda lagi? Hmm..aku jenis yang menghargai barang, sama ada yang dibeli sendiri atau diberi oleh orang lain. Antaranya barang-barang yang menjadi koleksi aku seperti DVD, die-cast dan keychain. Tapi yang paling aku sayang adalah barang-barang pemberian si dia. Antaranya tali pinggang Polo. Sanggup aku masuk kotak selepas guna. Nampak remeh bukan? Tapi aku memang sentiasa ada masa buat sebegitu. (Dalam entri identity blogger tu pun aku ada cakap yang aku ada habit seakan-akan OCD)

Lima lagu yang paling disukai dan selalu didengari?

  • Memories – Within Temptation
  • Hand of Sorrow – Within Temptation
  • Here Without You – 3 Doors Down
  • Pin and Needles – Billy Talent
  • When your heart stop beating – Plus 44

Bila tarikh lahir dan di mana sambut tahun lepas?

8 Februari. Selalunya akan sambut bersama keluarga di rumah sama ada sebelum atau selepas tarikh lahir.

5 blogger yang aku nak tag?

Sekarang ni musim exam. Jadi yang aku tag ni pun ada tengah exam. Buat bila ada masa nantilah ye. (kalau sudilah)