Follow Me on Twitter

Saturday, November 6, 2010

RekaTee: Peluang designer mengasah bakat

Pertama sekali, kredit buat Ayie kerana sudi berkongsi dengan aku tentang laman web RekaTee. Jadi aku pula ingin berkongsi dengan anda semua, terutamnya yang berminat dengan graphic design. Kini telah ada laman yang dibangunkan sebagai platform untuk mereka yang berminat mengasah bakat di samping menjana pendapatan tambahan.


RekaTee adalah laman web yang menyediakan peluang untuk sesiapa yang berminat menghasilkan designs bagi t-shirt. Dan apa yang lebih menarik, design yang dihasilkan boleh dicetak ke atas t-shirt sekiranya mendapat undian yang banyak (antara salah satu faktor selain faktor tarikan dan marketability bagi sesuatu design dipilih untuk dicetak) Apabila t-shirt itu dicetak, RM 300 akan diberikan kepada designer.

Laman ini juga menyediakan ruangan untuk mengundi design kegemaran, supaya dapat dicetak dalam bentuk t-shirt dan kemudiannya boleh dibeli secara online di laman web RekaTee. Untuk mengundi anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu. Jadi, untuk menjadi ahli, tidak tertumpu kepada designer semata-mata, malah terbuka kepada pembeli t-shirt dan photographer juga. Ini kerana RekaTee turut memberi store credits tertentu kepda refer sale dan bagi gambar-gambar yang diupload kan.


Aku sudah pun menyertainya dan sudah juga menghantar design bagi t-shirt. Design tersebut telah pun diterima (perlu mematuhi syarat-syarat tertentu) dan sedang menunggu untuk diundi. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh menyertainya juga. (Amir Izzat, inilah yang aku maksudkan)
Design yang aku hasilkan dengan tema rebellious

Hitman
T-shirt design

Menarik tak? Kalau menarik sila sign up dan VOTE ^____^

p/s:Kalau tak menarik, sila berikan komen membina dan sebarang cadangan untuk design t-shirt seterusnya.