Follow Me on Twitter

Monday, November 8, 2010

Still unbeaten...never rip them off

“And Park!!! Win it...for Manchester United!! That’s why you never rip them off!”

 Semangat betul aku dengar pengulas tu bersorak selepas Park Ji Sung menjaringkan gol kemenangan Manchester United pada lewat minit permainan ketika menentang Wolves Sabtu lepas  ^____^  Tahniah aku ucapkan atas semangat mereka mencari gol kemenangan selepas Wolves berjaya menyamakan kedudukan.

Khamis ni, pukul 4 pagi, Manchester United akan berkunjung ke Eastlands menentang Manchester City. Satu lagi musuh tradisi yang sentiasa berazam menewaskan Manchester United. Jadi, aku telah membuat analisis terhadap kualiti dan keadaan pemain (Berdasarkan apa yang aku lihat dan baca)

Siapa aku untuk buat semua ni? Layak ke? Peduli apa... :P Aku adalah pengurus pasukan penyokong kelab Manchester United, dan inilah yang sepatutnya dilakukan seorang penyokong pasukan bola sepak yang baik: Menumpukan perhatian kepada mutu permainan pemain pasukan yang disokong, dan bukannya mengejek serta mengkritik pasukan lawan.

Van Der Sar – Penjaga gol yang sudah pun berusia 40 tahun namun masih boleh menjaga gol dengan baik. Cuma kadangkala melakukan kesilapan yang tak sepatutnya. Tendangan gol perlu diperbaiki.

Vidic – Sememangnya layak menjadi kapten. Bertahan dengan baik. Very handy in set pieces.

Rio Ferdinand – Bertahan dengan baik. Namun, kerap membuat hantaran semula kepada Van Der Sar.

Wes Brown – Pemain pertahanan yang bagus. Boleh membantu bahagian serangan.

Patrice Evra – Juga pemain pertahanan yang bagus dan sering terlibat dalam bahagian serangan dari tepi.

Rafael – Pemain muda yang agresif. Perlu mengawal corak terjahan ke atas pemain lawan, terutamanya dalam kotak penalti.

Fabio – Kembar Rafael. Jarang diturunkan.

Jonny Evans – Pemain pertahanan yang kurang agresif. Kecederaan tulang pinggul.

John O’Shea – Hantaran bola yang bagus namun masih membuka ruang kepada kesilapan dalam pertahanan.

Darren Fletcher – Pemain yang aktif. Namun baru-baru ini mengalami kecederaan buku lali. Masih boleh bermain.

Micheal Carrick – Jarang melakukan sepakan ke arah gol seperti musim-musim lepas.

Paul Scholes – Pemain veteran yang masih berbisa. Namun, sikap agresifnya kadang kala menyebabkannya diturunkan sebagai pemain simpanan, untuk mengelakkan risiko terkena kad.

Ryan Giggs – Masih mempunyai sentuhan magik. Namun mengalami hamstring.

Gibson – Jarang diturunkan. Mengalami jangkitan virus.

Nani – Mempunyai skills yang baik dan hantaran bola yang bagus. Namun tendangan ke arah gol perlu diperbaiki. Mengalami groin.

Valencia – Mengalami kecederaan buku lali.

Anderson – Pemain yang kuat dan aktif. Namun jarang diturunkan.

Gabriel Obertan – Kemahiran yang ada tak digunakan dengan baik.

Park Ji Sung – Sukar dijangka. Boleh membantu bahagian serangan. Namun, terlalu mudah hilang kawalan ke atas bola.

Bebe – Pemain baru yang kurang pengalaman. Hantaran bolanya terlalu kuat dan tidak tepat.

Owen Hargreaves – Kecederaan hamstring selepas membuat kemunculan semula pada perlawanan menentang Wolves. Kemunculan semula yang hanya bertahan 300 saat.


Federico Macheda – Belum memperlihatkan sebarang tanda-tanda ‘bahaya’ di bahagian serangan.

Dimitar Berbatov – Agak tenggelam selepas hat-trick menakjubkan ke atas Liverpool. Sering ‘bermalas-malas’ menyebabkan dirinya sering terperangkap dalam perangkap ofsaid.

Wayne Rooney – Masih mencari rentak. Mengalami kecederaan buku lali.

Javier Hernandez – Pemain yang lincah, namun perlu menyesuaikan diri dengan pemain lain. Sering melakukan hantaran semula dengan pantas. Kadang kala ianya tidak dapat dibaca rakan sepasukan.

Micheal Owen – Kecederaan hamstring.

p/s:Tajuk dah BI dah, tapi entri dalam Bahasa Melayu juga XD