Follow Me on Twitter

Thursday, November 11, 2010

Tahniah buat adikku ^__^

Alhamdulillah
Tahniah ku ucapkan buat adikku
Kerana berjaya mencapai 5A dalam UPSR
Tahniah juga buat pelajar lain
Buat mereka yang kurang berjaya
Tiada istilah gagal dan putus asa
Peluang kejayaan sentiasa terbuka

Sumber Gambar

Ya, adikku berjaya! Pastinya mak abah tersenyum bangga tatkala ramai yang akan bertanya ^__^ Dan janjiku perlu dikotakan. InsyaAllah. Ya, janji untuk membelikan Doraemon bersaiz besar sempena hari lahirnya pada 21 Disember kelak. Tetapi hari lahirnya akan disambut di Sarawak bersama sepupu-sepupu lain (family balik Sarawak, memang meriahlah masa cuti sekolah)

Jadi aku dah menyediakan beberapa rancangan untuk buat kejutan hadiah tu.
  • Aku bawa hadiah tu dan letak dalam kereta masa ambil family aku pulang dari Sarawak di KLIA nanti, atau,
  • Aku tinggalkan di rumah dan bila mereka sampai sahaja dan buka pintu, Doraemon dah terpacak depan pintu, atau,
  • (Aku paling suka idea ni) Dengan penuh macho dan bergayanya, aku pegang patung Doraemon bersaiz manusia tu depan balai ketibaan sambil menunggu ketibaan adik aku bersama family. Nak lebih kacak, aku menyorok belakang patung tu bila mereka keluar (gila hati kering...kalau ada sesiapa nampak mamat pegang patung Doraemon kat bahagian KETIBAAN KLIA hujung tahun ni, akulah tu XD)

Agak-agak anda, macam mana, okay tak idea? ^__^

p/s:Harap dia tak baca blog aku ni...ada seorang adik aku rajin baca...hang senyap tau...