Follow Me on Twitter

Tuesday, November 9, 2010

Tengkorak Emas dan Intense Debate

*Entri ini dibuat memandangkan masih ada sehari lagi untuk Afizz membuat keputusan berkenaan ruangan kotak komennya (Pilih Intense Debate atau tidak) Ia juga ditaip berikutan kekecewaan yang aku alami baru-baru ini (Bukanlah besar sangat pun isunya, tapi ia sesuatu yang tidak aku jangkakan daripada Intense Debate)


Kenapa aku pilih Intense Debate sebagai medium untuk pembaca memberikan komen?

Aku tertarik dengan entri Ariffshah berkenaan dengan CommentLuv satu ketika dulu. CommentLuv ini sering dilihat ada pada blog yang berplatformkan Wordpress. Dan untuk Blogger, CommentLuv hanya boleh didapati sekiranya blog tersebut menggunakan ruangan komen Intense Debate.



Apa kaitan Intense Debate dengan CommentLuv?

Apabila seseorang memberikan komen pada ruangan komen yang menyediakan plug in CommentLuv, link ke postnya sendiri turut disertakan. Untuk lebih mudah, dia disarankan mendaftar di CommentLuv supaya dapat membuat aturan berkenaan link postnya dan post terbarunya (Menjawab soalan saudara Hadi Rofiee ^___^)

Setelah mendaftar, hanya perlu ke member page, dan Edit Site, pada ruangan Feed URL masukkan Feed URl,

contoh: http://tengkorakemas.blogspot.com/feeds/posts/default


Dan setkan berapa post yang boleh dipilih.


Dengan ini juga dia akan mendapat backlink percuma hasil daripada link post yang disertakan tadi. (Dengan syarat tidak lupa mengisi ruangan Site URL)


Apa lagi plug in lain untuk Intense Debate?

Ada beberapa plug ini lain yang menarik perhatian aku. Antaranya plug in Smileys (memudahkan pengkomen menyatakan ekspresi mereka), Share this, dan juga You Tube embedded video (Seperti mana yang aku install di ruangan komen, bagi memudahkan pengkomen berkongsi video yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan, cewah!)


Untuk ruangan Gravatar, aku sarankan setiap pengguna Blogger berdaftar di Gravatar.com supaya gambar tertentu boleh dijadikan Gravatar dan seterusnya digunakan secara meluas di blog-blog Wordpress hanya dengan mengisi ruangan alamat emel. (Kredit kepada Dayat atas info tersebut)

Gravatar aku yang muncul setelah aku memberikan komen pada blog Wordpress seperti Eizil.com


Kelemahan Intense Debate?

Setiap benda pasti ada kelebihan dan kelemahannya sendiri, jadi Intense Debate turut tidak terlepas. Tentang isu ia membuatkan blog lambat loading, aku tak berapa pasti kerana aku jarang mengalaminya (Guna streamyx), tapi mungkin bagi pengguna broadband, ruangan komen Intense Debate sedikit sebanyak menjejaskan masa loading sesuatu blog. Plug in CommentLuv juga kadangkala tidak dipaparkan.

Baru-baru ini, aku akhirnya telah mendapat jawapan berhubung masalah komen tidak keluar (dianggap terdelete dengan sendirinya) Antara yang mengadukannya kepada aku adalah saudara Hadi Rofiee dan bro Fyzal. Rupa-rupanya komen berkenaan dimasukkan ke ruangan Spam Folder dan aku tidak mendapat sebarang notifikasi melalui emel tentang komen tersebut (Melainkan komen yang perlu dimoderate kerana terdapat keyword tertentu)


Dan sesuatu yang mengejutkan apabila terdapat juga komen daripada blogger lain yang tidak aku sedari. (seperti Kak SC dan Ismail N) dalam folder tersebut. Maka aku kecewa kerana tidak dapat membalas komen mereka dalam masa yang agak lama. Jadi kini aku akan sentiasa alert pada Spam Folder tersebut (entah kenapa boleh masuk Spam Folder..ish2..)

Secara keseluruhannya aku masih berpuas hati dengan Intense Debate dan aku harap tiada masalah lagi dengannya. Jadi kepada Afizz, sebelum buat apa-apa keputusan, jangan lupa backup template ^___^ Dan kepada Hadi Rofiee dan anda semua, boleh daftar CommentLuv supaya plug in ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya di blog Wordpress dan mana-mana blog yang menggunakan Intense Debate (jika selalu bertandang blog Wordpress)

p/s:Aku tak pernah rasa susah memberi komen pada blog yang menggunakan ruangan komen default Blogger, walaupun perlu mengisi verification word...