Follow Me on Twitter

Wednesday, November 10, 2010

UPSR dan janjiku

Esok, keputusan UPSR bakal diumumkan. Pastinya ramai ibu bapa yang berdebar menantinya. Termasuklah ibu bapa aku. Bukan sahaja menanti keputusan adik aku malah keputusan seluruh pelajar Tahun 6 sekolah mereka.

Aku harapkan adik bongsu aku tu akan dapat 5A supaya mak dan abah gembira. Walaupun aku tau aku perlu tunaikan janji untuk belikan dia patung Doraemon bersaiz besar dengan harga nak dekat RM100 pada hari jadi dia bulan 12 nanti. (Aku nak bagi dia kiub Rubik, tak nak pula...memilih betul =_= menyesal bawa ke kedai hadiah)

 Jenis Flip Flap pun dia tak nak, 10 kali ganda besar juga dia nak

Hehe...sebenarnya aku tak kisah pun ^__^ (kakak-kakak dia dapat yang besar takkan dia kecil) So, aku harap dia dapatlah 5A, biar dapat juga masuk asrama penuh untuk belajar berdikari dan menguruskan diri sendiri. Biar dapat rasa kesusahan sedikit, supaya tahu erti bersyukur dan menghargai sesuatu. (Susah ke duduk asrama sekarang?)

Apa-apa pun semoga mendapat keputusan cemerlang esok. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Tahun 6 lain, semoga anda mendapat keputusan cemerlang juga. (Bagi yang kurang cemerlang, harap jangan putus asa)

p/s:Aku dengar-dengar, tradisi bertukar hadiah kat sekolah sekarang, boleh main pilih-pilih nak apa...zaman aku dulu bagi seikhlas hati je..huhu