Follow Me on Twitter

Sunday, November 28, 2010

What will happen when Berba and Rooney on their best form?



Hanya entri yang diabadikan sempena kemenangan besar 7-1 Manchester United ke atas Blackburn Rovers di Old Trafford malam tadi. Dimitar Berbatov hampir mencipta sejarah dalam Liga Perdana Inggeris untuk double hat-trick namun dia hanya sempat menjaringkan 5 gol untuk menyertai senarai penjaring 5 gol bersama Andrew Cole, Alan Shearer dan Jermain Defoe. Namun, ia adalah hat-trick keduanya untuk musim ini.


Nani pula menjaringkan 1 gol dan mengotakan janjinya kepada peminat apabila melakukan stand backflip selepas menjaringkan gol. Park Ji Sung juga tersenarai dalam senarai penjaring apabila menjaringkan 1 gol buat Manchester United.

Wayne Rooney pula masih menunggu peluang untuk menjaringkan gol namun apa yang pasti dia telah menunjukkan dirinya sebenar dengan corak permainan baik dan beberapa ‘assisted’ kepada gol. Diharapkan Wayne Rooney berjaya menemui sentuhan golnya.


Dengan 7 gol itu memastikan 3 mata penuh buat Manchester United lalu melonjakkan mereka ke persada liga buat sementara ini, serta meneruskan saingan kempen Liga Inggeris dengan rekod tanpa kalah. Jadi setakat ini, ada benarnya apa yang pernah dikatakan Sir Alex Ferguson ketika konflik Rooney (ingin keluar dari Manchester United)

“Sometimes you look in a field and see a cow and think it’s a better cow than the one you have in your own field. It rarely works out that way. It’s probably the same cow as you have, or it’s not as good.”

p/s: Manchester United bakal bertandang ke stadium Blackpool minggu depan. Adakah badi seri di tempat lawan mampu dihapuskan?