Follow Me on Twitter

Sunday, December 5, 2010

Allah tidak memungkiri janjiNya

Jumaat lepas aku ke Bangi. Kebetulan pula salah seorang sahabat aku ditimpa ujian. Dompetnya hilang di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Tercicir barangkali. Jadi selesai solat Jumaat, aku bawa dia ke balai polis untuk buat report. (IC, Lesen B2,D, Kad Bank, Kad Matrik ada dalam dompet tu)

Dalam masa yang sama, ada seorang pelajar buat report juga. Masalah yang sama cuma situasi yang berbeza. Dalam laporannya, dia cuba membantu seorang lelaki yang motornya rosak di tepi jalan. Tetapi lelaki tu acukan pisau dan mengugutnya supaya mengeluarkan dompet. Dia pun baling dompet dan cepat-cepat naik motor dan beredar. Mujur tak berlaku apa-apa, tapi dia dah kehilangan dompetnya.

Nak buat baik pun susah sekarang. Pasal si penyangak tula orang ramai serba salah nak hulurkan bantuan...orang nak buat baik, ada pula yang ambil kesempatan...

Selesai buat report, aku bawa dia ke Bank Islam. Katanya nak buat akaun baru. Tapi Bank Islam sudah tidak menerima IC sementara. Nak tak nak dia kena buat IC dulu. Duit tu...dengan kad matrik lagi...pun kena guna duit...duit belanja lagi...adalah juga aku bagi duit sikit...(tapi still tak cukupla)

Okay, ni nak cerita pula pasal khutbah di Masjid Al-Azhar, KUIS, Jumaat tu. Memang bagus khatib yang bagi khutbah. Pensyarah Jabatan Tahfiz. Bacaan dan hukum tajwidnya jelas dan tidak laju. Sedap didengar apabila dia pandai mengatur nada. Dan terdapat penggunaan Bahasa Inggeris...pertama kali aku dengar khutbah sebegitu.

Jadi aku kongsikan di sini antara yang disampaikan (yang aku yakin memang meresap ke dalam hati para jemaah)

Khatib membacakan Firman Allah iaitu ayat 7, Surah Muhammad, yang bermaksud;

 Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Is it TOO MUCH for ALLAH, when He asks us to OBEY Him?
Is it TOO MUCH for ALLAH, when He asks us to PRAY to Him?
Is it TOO MUCH for ALLAH, when He asks us to ZIKR?
After all He gave us, is it TOO MUCH?
We walk, we breathe, we eat, and we sleep
All because of what Allah gave us
So it is TOO MUCH for Him, when He wants us to be great MUSLIM?

(Antara petikan khutbah yang diucapkan dalam Bahasa Inggeris)


Sempena hijrah, khatib tersebut menyeru jemaah supaya berhijrah menjadi lebih baik dan terbaik, demi membantu (agama) Allah. Secara ringkasnya, itulah pengisian khutbah Jumaat pada Jumaat lepas di Masjid Al-Azhar, KUIS.

p/s:Tolong manusia belum tentu dibalas baik...tolong agama kita? Sudah dijanjikan Allah balasannya...dan janjiNya tidak dimungkiri.