Follow Me on Twitter

Saturday, December 18, 2010

Beyond the Reasonable Doubt

“17 kes menang tanpa kalah! Terlalu lancar!”, CJ mendengus.

“Dia calon terbaik untuk menjadi gabenor, prestasi dia jadi modal terbaik”

“Tapi, ia terlalu lancar...kes berprofil tinggi dengan senang diputuskan”

“Kebanyakan kes dibuktikan dengan adanya DNA pembunuh pada mangsa dan sebaliknya. Jadi memang tiada sebarang keraguan”

“Cuba kau ingat semula. Semua bukti DNA tu dikemukakan di saat-saat akhir”, CJ masih lagi belum berpuas hati dengan kata-kata sahabatnya itu.

Dia yakin Mark Hunter, seorang pendakwaraya memalsukan bukti DNA di saat akhir perbicaraan untuk membantunya memenangi kes seterusnya melayakkan dirinya memenangi pencalonan gabenor. 17 kemenangan ke atas kes berprofil tinggi cukup menjadikannya calon popular yang kononnya berjuang atas nama keadilan.

CJ dan sahabatnya kemudiannya berpakat untuk memerangkap Mark Hunter. Pembunuhan terbaru merupakan peluang terbaik mereka. CJ sanggup menggadaikan kerjayanya sebagai pemberita demi membongkar rahsia Mark Hunter yang lebih sensasi. Dengan itu, dia sengaja memerangkap dirinya sendiri dan membiarkan dirinya ditangkap serta didakwa atas kesalahan membunuh.

Seperti yang dijangka, Mark Hunter mengemukakan bukti DNA CJ yang sepatutnya tiada pada circumstantial evidence yang dirancang CJ dan sahabatnya.

Ketika itu dia cukup yakin kerana bukti yang dirinya tidak bersalah ada pada rakaman DVD pada sahabatnya. Namun apa bakal berlaku apabila satu-satunya orang yang tahu mengenainya terbunuh dan bukti itu tidak dapat dijumpai?

Kekasih CJ yang merupakan pembantu Mark Hunter akhirnya turut sama mengesyaki Hunter dan cuba menegakkan keadilan buat CJ yang ketika itu sedang menunggu hukuman mati.

Tapi, bagaimana pula jika pembunuhan itu memang dilakukan CJ?


Beyond the Reasonable Doubt. Filem thriller yang menarik pada pendapat aku. Dan aku bagi 4 bintang pada filem ni disebabkan plot cerita yang menarik dan tidak berserabut. Endingnya cukup mengujakan dan boleh diterima walaupun ia menyalahi jangkaan aku.

p/s:Kepada yang belajar undang-undang sivil, mungkin boleh terangkan lagi konsep Beyond the reasonable doubt (melampaui keraguan yang munasabah)