Follow Me on Twitter

Thursday, December 9, 2010

Design Exhibition Part 13 ~ Dead and Gone

Pertama sekali, maaf andai design kali ini agak kontroversi. Sebenarnya design ini sempena tahun baru tapi ia datangnya dari sisi gelap aku. (Kalau nak baca entri dari sisi yang baik di sini: Segmen Maal Hijrah)


Okay, apa yang aku nak sampaikan adalah diri aku yang ‘lama’ telah pergi. Dan aku harap ianya dapat digantikan dengan diri yang ‘baru’ sempena tahun baru Hijrah ini.

Tattoo itu adalah analogi kepada sikap memberontak. Kerana orang yang melukis tattoo pada badan adalah orang yang memberontak terhadap ciptaan Allah untuk dirinya. Jadi, aku harap sikap memberontak dalam diri ini dapat digantikan.

Contohnya, bermalas-malasan untuk membuat kebaikan. Itu dikira memberontak.
Tak mahu ikut peraturan? (selagi ianya baik) Itu dikira memberontak.

Tetapi bukan itu sahaja. Jika diperhatikan masih banyak sikap memberontak di kalangan kita.

Tak mahu solat? Dikira memberontak terhadap suruhanNya.
Tak mahu puasa? (tanpa keuzuran) Dikira memberontak juga terhadap suruhanNya.
Suka minum arak? Berzina? Dikira memberontak terhadap laranganNya malah mencabar rahmatNya.

Tak mahu cegah kemungkaran? Well, masih dikira memberontak. Dan lebih teruk...curi tulang dalam tugas seorang khalifah.

p/s:Maaf sekali lagi dengan eksperimentasi kali ini. (Aku yang sebenar tidak sama sekali bertattoo)