Follow Me on Twitter

Tuesday, December 14, 2010

Eqbalzack 2010 Giveaway Contest

Adakah kita sedar yang masa amat mencemburui kita sekarang? Masa berjalan dengan pantas tanpa menghiraukan apa yang sedang kita lakukan. Sama ada kita terlupa, sakit dan sebagainya, ia akan terus berlalu pergi tanpa belas kasihan.

Jadi pada pendapat aku, adalah menjadi satu keperluan untuk kita menjadi seorang yang terurus supaya masa dapat dimanfaatkan. Sama ada bagi yang belajar atau bekerja. Lebih-lebih lagi kalau dirinya seorang blogger.

Selain daripada memiliki planner atau jadual, bagi aku seseorang itu perlu mempunyai kalendar untuk memudahkannya menguruskan kehidupan seharian seperti mengatur temu janji dan sebagainya. Bagi aku, memiliki kalendar masih satu cara yang efisien untuk mengatur masa.


Kalendar yang aku dapat dengan membeli Majalah Malaysian EVO. Cantik tapi aku sayang nak conteng memo di dalamnya. Aku gunakannya sebagai panduan Tahun 2006 dan 2007.


Bekas memo yang dilengkapi kalendar untuk Tahun 2008. Kurang dijadikan panduan melainkan aku hanya ambil kertas di dalamnya untuk tujuan memo dan nota.

Untuk Tahun 2009 dan 2010, aku mula menggunakan perisian Rainlendar yang diinstall dalam laptop memandangkan aku dan laptop sudah jadi ‘kawan’ yang sangat rapat. Lebih mudah untuk aku set sebarang event penting dan senaraikan ‘To Do List’. Antaranya aku boleh set tarikh hari lahir keluarga dan orang tersayang. Serta tarikh hari lahir blogger. Oh, sebelum terlupa, Happy Belated Birthday buat blogger Mama JnJ (13 Disember) ^___^


Dengan perisian ni juga aku boleh set tarikh tutup sebarang contest atau giveaway. Contoh macam yang tertera tu. Masih sempat lagi aku join Giveaway bro Eqbalzack ni...thanks to bro Faizal Sulaiman sebab tag aku...


Tetapi di sebalik kelebihan masih terdapat kelemahannya. Kalau laptop aku menghadapi masalah BSOD, confirm tak dapat tengok kalendar tu...

Jadi untuk Tahun 2011, aku nakkan kalendar yang boleh menjamin masa aku sentiasa teratur dan dimanfaatkan sepenuhnya. Maka, Kalendar Upin Ipin adalah satu jaminan yang terbaik! Dahla comel, menarik pula tu...memang bertuah kalau aku dapat. Jadi, bro Eqbal...please...hadiahkan saya kalendar tu...akan saya jaga ia dengan baik ^___^


Anda mahu juga? Belum terlewat lagi untuk mencuba Giveaway bro Eqbalzack ni (klik)

Ini sedikit butiran mengenai giveaway:
Photobucket
Prizes: Upin & Ipin Calendar 2011
Number of prizes: 5
Contest Start Date: December 10, 2010 (Friday)
Contest End Date: December 17, 2010 (Friday): 11.59 pm

Nak tahu lebih lanjut? Sila ke sini (klik)

Dengan ini aku tag Ciao Annin-sama untuk join giveaway ini,

Jom ramai-ramai meriahkan giveaway ini! Semoga berjaya! ^___^

p/s:Kenapala entri aku ni panjang-panjang...gembira sangat kot sebab Manchester United menang ke atas Arsenal!!