Follow Me on Twitter

Thursday, December 16, 2010

Falsafah dalam solat

Ujian yang dimaksudkan bukanlah hanya ketika menghadapi kesusahan dan kegagalan, tetapi juga ketika kita memperoleh kesenangan. Kerana apabila kita memperoleh kesenangan dan kejayaan, adakah kita tetap mengingatiNya atau lupa padaNya.

Tapi aku cuma nak tekankan soal kegagalan di sini setelah mendapat inspirasi dari entri Serol Nizam. Adakah masih ramai yang putus asa apabila menghadapi kegagalan? Adakah masih ada yang lemah semangat apabila berhadapan dengan kegagalan?

Sebenarnya, sebagai seorang muslim, kita telah dilatih untuk berhadapan dengan kegagalan dan menerimanya dengan baik serta berusaha untuk bangkit semula. Konsep ini boleh dilihat melalui falsafah solat itu sendiri. Ya, solat lima waktu sehari semalam yang kita lakukan.

Kalau diperhatikan, kita berdiri tegak dalam solat dan kemudiannya kita rukuk. Maknanya bukan selamaya kita berada di atas, muda dan berjaya. Pasti ada saatnya kita jatuh, gagal, dan tua. Kemudian kita bangun iktidal dan sujud sebagai tanda penyerahan total kepada Allah dan kepadanya kita memohon setelah berusaha, sebelum kita mengucapkan salam tanda berakhirnya kehidupan kita di dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Selesai solat, kita bangun dan menyambung perjalanan hidup kita seharian. Solat itu mengajar kita hidup dengan berprestasi dan bergerak untuk membina kehidupan ke arah lebih baik. Jadi, bangkitlah daripada kegagalan dan sentiasa berfikiran positif.

Sumber inspirasi
Pesona Solat Tahajud, Prof Dr. Muhammad Salleh, PTS Millenia Sdn Bhd. 2010.


p/s: Kiub Rubik pernah ‘gelakkan’ aku bila tak dapat selesaikannya satu ketika dulu...kini Tengkorak Emas dan bro Fyzal dah sedia untuk Revenge dan Professor Cube...(haha ada kaitan ke)