Follow Me on Twitter

Thursday, December 23, 2010

Hasilkan dvd album dengan teknik masking

Mask, dalam bahasa melayunya topeng, selalu dipakai superhero untuk menyembunyikan identiti, (Superman terkecuali kerana dia hanya perlu sikat rambut belah tepi dan tanggalkan spek, Ironman juga kerana dia terlebih keyakinan diri)

Okay, ni cuma entri tutorial Photoshop. Tapi blog ni bukanlah blog tutorial. Ia sekadar blog peribadi dan entri ni cuma nak membantu sahabat blogger, Amir Izzat untuk memahami penggunaan masking. Ia ditujukan juga buat anda semua sahabat blogger yang lain.

Aku buat contoh untuk meletakkan cover pada dvd casing dan cd, seperti yang aku buat di Edit Photo Contest. Template Photoshop untuk dvd casing dan cd boleh cari di sini.

Bila dah dapat template tu, buang apa yang patut dan masukkan dalam workspace.


Kemudian open 2 gambar untuk dijadikan cover (ikutlah nak berapa). Aku masukkan gambar ke dalam group layer ‘DVD Casing’ dan ‘CD’. Dan aku Hide Layer CD. (Hanya klik pada lambang mata di tempat yang ditunjukkan anak panah)


Gambar yang dilihat tu merupakan gambar dalam group layer ‘DVD Casing’.

Open group layer dan klik pada layer gambar (Layer 1). Klik Edit-Transform-Distort. Ubah saiz gambar mengikut kesesuaian DVD Casing tu (ikut keadaan gambar)


Aku biarkan gambar dalam keadaan (seperti di bawah). Kemudian aku tekan ‘Ctrl’ dan klik pada layer thumbnail ‘Inner’ (seperti ditunjukkan anak panah)


Selection (titik-titik halus) akan kelihatan dan kemudian tekan Add Layer Mask (seperti ditunjukkan anak panah)


Anda akan lihat hasilnya. Ok, Hide Layer ‘DVD Casing’ tu dan Unhide Layer ‘CD’.


Naikkan gambar (Layer 2) ke atas layer dvd (kita mahu layer dvd jadi mask kepada gambar). Klik kanan pada Layer 2 dan Create Clipping Mask. (boleh digunakan menggantikan Add Layer Mask)


Anda akan lihat hasilnya. Kemudian terpulang kepada anda untuk ubah Layer 2. (Aku Edit-Transform-Flip Horizontal, aku ubah scale gambar, blending mode kepada Linear Light, dan memandangkan aku pemalu maka aku ubah fill kepada 60% :P)


Dan bila aku Unhide Layer ‘DVD Casing’, tambah logo dvd, tukar background, inilah hasilnya. (Background tu ikut sukalah, logo DVD jangan lupa, search saja Google)


p/s: Harap fahamlah ye..kalau suka klik ‘Recommend This’. Line internet buat hal, blogwalking lambat sedikit, maaf semua. Lagipun memandangkan family masih di Sarawak, jadi akulah yang kena ambil result PMR adik aku hari ni.