Follow Me on Twitter

Friday, December 17, 2010

Idea Sanji elak pembaziran

Okay, ini sekadar entri santai sebelum aku kembali serius (cewah!) Entri ini sebenarnya berdasarkan gambar yang dipetik dari siri manga One Piece (siri yang meneruskan minatku terhadap manga selepas siri Dragon Ball) Kepada sesiapa yang belum tahu, One Piece adalah siri pengembaraan lanun Straw Hat Crew (lanun baik ni) untuk menjejaki impian dan harta karun One Piece.

Manga ini dilukis Eiichiro Oda (dia ni memang penuh dengan idea dan imaginasi) dan telah mencapai bilangan yang ke 608 (bila entah nak tamat siri yang mendebarkan ni)

Straw Hat Pirates Crew

Monkey D. Luffy – Kapten yang penuh motivasi dan suka makan
Roronoa Zoro – Pakar pedang (3 pedang) yang suka tidur dan pelupa
Nami – Pakar kaji cuaca dan navigasi yang licik
Sanji – Tukang masak yang pantang nampak perempuan (posternya dilukis dengan buruk)
Usopp/Sogeking – Sharpshooter yang kuat mereka cerita
Tony Tony Chopper – Doktor yang lurus bendul
Nico Robin – Ahli sejarah yang misteri
Franky – Tukang kapal yang merupakan seorang cyborg
Brook – Ahli muzik yang ceria (posternya tidak disertakan)

 Klik untuk lebih jelas

Sanji terlepas pandang daging mentah yang terbiar lama, maka untuk tidak membazir dia bertindak menyediakan hidangan untuk Luffy, Zoro, Brook dan Franky (Nami dan Robin terkecuali sebab dia tak mahu mereka keracunan)

Chopper pula kemudiannya berasa hairan kerana selepas 3 hari masih tiada tanda keracunan makanan di kalangan mereka XD

p/s: Entah kenapa bila makan kari mamak je mesti senak perut...