Follow Me on Twitter

Monday, December 20, 2010

I'm not gay, I'm OK

Dia tersenyum melihat berita itu. Rasa bangga di hatinya bila hasil ‘kerja’nya menjadi perhatian ramai. Memang berbaloi menghantar notis obituari ke sebuah syarikat akhbar sebaik sahaja dia berjaya membunuh mangsa. Dia rasa seronok apabila gelaran ‘Pembunuh Obituari’ menjadi buah mulut setiap orang. Dan ia semakin membuatkannya teruja untuk melakukan satu lagi pembunuhan.

~~~~~
Atas tu adalah olahan yang aku buat berdasarkan novel thriller, Nama Atas Kertas karya Nasron Sira Rahim.

Adakah anda setuju yang kebanyakan orang yang melakukan kejahatan atau maksiat berbangga-bangga dengan apa yang mereka lakukan?

Sepanjang pengalaman aku berkawan, aku pernah berkawan dengan jenis orang yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan. (Hisap dadah, main perempuan, minum arak, pukul orang, lumba haram, curi motor, kaki kelab)

Percaya atau tidak, golongan sebegini sememangnya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Kalau mereka bertemu dengan jenis yang ‘sekepala’, masing-masing akan menceritakan sejauh mana kehebatan maksiat yang dilakukan.

Dan ‘kebanggaan’ ini diteruskan dengan wujudnya filem-filem yang kononnya ingin memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala-gejala golongan ini. Niat yang baik tetapi kaedah yang tidak baik dengan mempertontonkan adegan-adegan tidak senonoh. Ya, masih berpegang dengan ‘kononnya mahu timbulkan kesedaran’.

Berapa ramai yang sedar? Berapa ramai golongan muda yang jadi teruja untuk melakukan adegan yang sama? Berapa ramai yang ingin menunjukkan lagak yang sama?

Aku bukan 'mat rempit'

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu video pengakuan. Aku rasa ramai yang dah tau. Aku harap penyebaran video dapat dihentikan. Supaya golongan ini tidak berasa bangga dengan apa yang mereka lakukan dan supaya ianya tidak dicontohi yang lain.

Aku doakan semoga satu hari nanti hidayah Allah diberikan dan ada perempuan yang menyentuh hatinya, seterusnya meninggalkan gaya hidup yang dilaknat Allah itu.

~~~~~
Okay, cukuplah menjadi serius. Aku nak kongsikan satu benda yang agak mengagumkan. Memang tergelak-gelak aku malam tadi. Aku dapat info ni melalui perkongsian bro HH di Bangku Kosong.

Tahu tak yang laptop kita mempunyai jantina? Nak tau? Cuba periksa, ikut langkah ni:

Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:
  • CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak "I love YOU"
  • Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
  • Save as = love u.vbs (vbs ni Visual Basic Script)
  • Close notepad setelah save. Then double click file tadi (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u." Sama ada suara lelaki atau perempuan.


Dan yang ni aku nak tambah. Kalau keluar suara lelaki, dan tuan punya laptop pun lelaki. Aku sarankan anda buat satu file notepad baru,

Di bahagian ayat dalam notepad tu, sila paste yang ini:

  • CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak "I’m not gay, I’m OK"
  • Dan save as type = All Files, Save as = ok.vbs
  • Close dan double click file tu. XD