Follow Me on Twitter

Wednesday, December 1, 2010

A job is a job, right?

Can’t pay for your car, the bank takes it back,
Can’t pay for your house, the bank takes it bank,
Can’t pay for your liver? Here comes the Repo Man

The Union, merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan menggantikan organ atau bahagian tubuh badan, serta segala jenis urat saraf yang rosak, termasuklah otak. Dengan beberapa pakej ansuran bayaran dan warranty tertentu, seseorang boleh menggantikan jantungnya, hatinya, atau buah pinggangnya, atau ketiga-tiganya dengan artificial organ yang direka khas oleh The Union. Apa sahaja boleh ditukarkan dengan yang baru, asalkan ia disediakan oleh The Union.


Remy, (Jude Law) seorang Repo Man, mempunyai kerja yang agak mudah. Jika pelanggan tidak membayar ansuran bayaran bagi ‘organ’ tersebut lebih dari 3 bulan, maka dia perlu mengambil kembali ‘organ’ tersebut dengan apa cara sekalipun asalkan ‘organ’ tersebut dikeluarkan dari tubuh pelanggan. Dalam situasi itu ia dibenarkan oleh undang-undang atas perjanjian yang telah ditandatangani pelanggan. Walaupun kepada orang yang dikenalinya sendiri, dia tetap melakukannya berpegang kepada falsafah, a job is a job.

Namun, apabila dirinya sendiri terpaksa menggunakan jantung ciptaan akibat kemalangan serta tidak dapat membayar untuk ‘organ’ tersebut, dia mula menyedari betapa kejam kerjanya dan The Union yang hanya ingin mengaut keuntungan. Maka, bermulalah detik dirinya turut diburu Repo Man yang lain, termasuk rakan setugasnya, Jake (Forest Whitetaker).

~~~~~~~

Gila. Sampaikan saraf-saraf dalam otak pun boleh digantikan. Walaupun hidup pada zahirnya tetapi mati. Tiada siapa dapat menyaingi ciptaan Tuhan. Hampir semua orang mempunyai artificial organ dalam badan. Nampak sangat manusia tak menjaga kesihatan dirinya sampaikan semua organ dalaman rosak dan perlu digantikan.

Ada yang begitu mudah tewas dengan pujukan bahagian pemasaran The Union. Kononnya dengan pakej pinjaman yang berpatutan, namun tak ramai yang mampu membayarnya. Disebabkan terdesak untuk terus hidup, perjanjian terus ditandatangani. Tanpa menyedari apabila overdue, Repo Man akan datang dan boleh belah perut mereka dan keluarkan organ...pergh.... (Ibarat seperti ‘Along’ datang kutip hutang)

Bagi aku, sel-sel dalam badan kita hanya sesuai dengan apa yang telah disediakanNya kepada kita. Jika kita gunakan organ manusia lain pun, ia mungkin hanya ‘ibarat menyalin pakaian’ dan tidak megubah sifat-sifat sel dalam badan kita yang hanya sebati dengan organ asal (maka tidak berfungsi dengan sempurna atau berfungsi dalam  jangka hayat tertentu) Inikan pula nak guna artificial organ.

Okay, itulah filem RepoMen yang aku tonton melalui dvd. Bagi aku 3.5 bintang. Nak kata padat aksi tu tak juga. Ada babak surgery dan kelar-kelar. Ending filem ni buat aku rasa tertipu. Tapi boleh tahan juga.

p/s: Jagalah kesihatan. Jauhi perkara yang memudaratkan kesihatan tubuh badan. Syukuri nikmat dan ciptaanNya.

p/s2: A job is a job, right? Remember our job as servant to Him.