Follow Me on Twitter

Friday, December 3, 2010

Kalau artis, mungkin ini saat gemilangnya

Aku dapat award lagi?
Yup, Award Blog Cantik dan Menarik daripada bro Hasrul Hassan.


Jadi, untuk menerima award ini, ada tugasan perlu dibuat.

Kriteria ini diperlukan untuk blog-blog ditag mengambil award ini iaitu menjawab 6 soalan ini:

1.Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
2.Kenangan manis dalam hidup anda?
3.Kenangan pahit dalam hidup anda?
4.Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
5.Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?
6.Tag 5 orang untuk award ini.

Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?

Bayangkan aku berjalan seorang diri di taman. Dan kelihatan sebuah bangku kosong tersedia untuk aku menghilangkan penat berjalan. Lantas aku duduk di atasnya sambil memerhatikan apa sahaja yang berlaku di sekeliling. Ada yang menghiburkan. Ada yang membuatkan aku terharu dan kagum. Ada yang membuatkan aku ceria memerhatikan gelagat anak-anak dan ibu bapanya. Aha...begitulah pandangan aku terhadap blog Bangku Kosong kepunyaan bro Hasrul Hassan! ^__^

Kenangan manis dalam hidup anda?

Bila keluarga dapat kumpul bersama, pergi bercuti bersama-sama, itu adalah kenangan yang manis buatku. Bila masing-masing dah ada urusan sendiri, bukan senang nak dapat masa untuk kumpul bersama (raya pun belum tentu lagi). Mak dan dua adik aku sedang bercuti di kampung Sarawak sekarang. Manakala abah dan seorang lagi adik aku akan berangkat ke sana Ahad ini. Maka tinggallah aku dan adik aku (matriks) di semenanjung ini.

Kenangan pahit dalam hidup anda?

Setakat ini tiada apa yang aku ingin kongsikan, kerana aku pun sudah tidak pasti sama ada ianya pahit atau tidak. Apa yang pasti kepahitan itu aku anggap sebagai cabaran yang menghidupkan jiwa. Cuma mungkin aku boleh kongsikan, saat pertama ketika aku mula merasai sayur peria...pahit gile!! Tapi aku sukakannya XD Semua jenis sayur aku makan :D

Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?

Well...manusia tak pernah puas. Aku belum berpuas hati kerana potensi diri masih belum dilonjakkan sepenuhnya. Buat masa ini, aku cuma harap Allah akan sentiasa memberi rahmatNya supaya aku masih boleh bangun dari tidur dalam keadaan beriman kepadaNya.

Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?
  • Membelah arus lebuh raya dengan Yamaha R1.
  • Memiliki perniagaan DVD secara online.
  • Bawa atok, nenek, pakcik makcik, sepupu-sepupu di Sarawak bercuti di Semenanjung.


Tag 5 blog untuk award ini.


Okay, jadi bertambahlah koleksi awards aku kikiki...

p/s:Kalau artis, mungkin ini saat gemilangnya...buat blogger, ini saat bermakna ^__^
p/s2:Ini adalah auto publish...Tengkorak Emas ke Bangi melawat kawasan sebelum ke Nilai pada hari Sabtu dan ke KLIA pada hari Ahad.