Follow Me on Twitter

Friday, December 31, 2010

Kami Blogger Prihatin serta Responsif

Aku tertanya-tanya ketika sedang duduk di Bangku Kosong. Prihatinkah aku? Responsifkah aku? Aku percaya kebanyakan blogger prihatin dan responsif. Buktinya, pasti sudah ramai yang publish post mengenai kejayaan Malaysia menggenggam AFF Suzuki Cup. Ya, mereka prihatin dengan perjalanan sukan negara dan juga responsif dengan apa sahaja perkembangannya.

Oh, aku ucapkan tahniah kepada jurulatih dan seluruh skuad kebangsaan Harimau Malaya atas kejayaan mereka dengan agregat 4-2. Ucapan ini sebagai tanda yang aku jua blogger yang responsif dan prihatin (walau agak lambat)

Aku sudah lama impikan liga Malaysia jadi hebat dan meriah seperti EPL. Sejak zaman kegemilangan ‘Bujang Senang’ lagi aku mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia. Kelibat Ramos dan Ramles Sari sering ditunggu aku sehinggalah mereka tiada lagi dalam skuad Sarawak. Kemudian kelibat Safee Sali mula menarik perhatian tapi dia nampak lebih menyerlah bersama Selangor berbanding dalam skuad Sarawak.

Kemudian aku beralih tumpuan kepada Manchester United, tapi masih lagi menjeling perkembangan skuad Sarawak dan Selangor. Ya, tandanya aku prihatin walaupun ketika itu aku belum bergelar blogger. Bila sudah bergelar blogger, pasti semangat keprihatinan dan responsif semakin menebal...

Maka, dengan bangganya aku mengambil award yang diberikan bro Hasrul Hassan, pemilik Bangku Kosong. Terima kasih atas award ini. Keprihatinan dan sikap responsif terhadap entri di Bangku Kosong serta di blog-blog lain akan diteruskan melalui komen.


Selain dari memberikan komen, aku juga pernah bersikap responsif dengan entri-entri di Bangku Kosong. Dua entri ini merupakan entri yang merupakan respons kepada entri di Bangku Kosong.


Dengan ini aku tag beberapa blogger untuk menerima award ini (Tiada apa-apa syarat untuk award ini, yang pasti mereka prihatin dan responsif)