Follow Me on Twitter

Wednesday, December 22, 2010

Kita tidak keseorangan...

Ini sekadar catatan pengalaman. Pengalaman yang menjadi satu kenangan yang pernah aku kongsikan dalam segmen kenangan Ramadan bersama Ben Ashaari.

Tahun 2005, ketika ini aku masih baru dalam selok-belok menunggang motosikal. Dan aku tak dapat mengagak berapa kadar minyak yang cukup untuk perjalanan tertentu dengan motorku. Masa tu bulan puasa, dah hampir nak raya. Dan aku memulakan perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang Yamaha TZM. Minyak ada lagi tapi sedikit. Dan aku menyedapkan hati dengan mengagak yang ianya cukup hingga ke Hentian Dengkil.

Aku pula malas nak ke Bangi atau ke Nilai. Dari Bandar Seri Putra, aku keluar ke susur Seremban sebelum masuk melalui susur KLIA, Shah Alam. Jadi, sebelum aku tiba ke Hentian Dengkil, pastinya aku akan melepasi susur ke KLIA dahulu. (masa ni aku belum guna Nilai lagi)

Highway yang aku lalu tu agak jauh dan beralun walaupun jalannya lurus sahaja. Dan nak dijadikan cerita, motor aku kehabisan minyak di sana. Dalam masa yang sama, hp aku tiada kredit untuk aku membuat sebarang panggilan bantuan kawan-kawan.


Apa yang aku buat? Masa tu memang aku tak harapkan kereta yang laju bergerak berhenti. Dan aku pula rasa serba salah nak menyusahkan penunggang motor lain. Lagipun mereka yang melepasi aku hanya memandang.

Dan di masa kesusahan itulah selalunya manusia akan ingat tuhannya. Aku mula berdoa dan tak putus-putus mengingatiNya. Aku mula muhasabah diri tentang apa kesalahan yang telah aku lakukan. Nak raya tu woo...sampai aku mula terfikir nak raya kat highway ke...aku mula mengeluh dan kesal...

Akhirnya, aku berfikiran positif dan redha dengan ujianNya. (ujian bukan di kala susah saja, saat senang juga merupakan ujian) Aku mula menolak motor tu dengan menggunakan kudrat yang diberikanNya. Sambil tu aku masih belum henti berdoa.

Dan Allah hadirkan bantuanNya apabila seorang hamba Allah berhenti dan menawarkan pertolongan. Alhamdulillah, dan terima kasih kepada bro tu disebabkan dia sanggup tolak motor aku yang berat tu. Oh, kudrat bro tu juga diberikanNya. (Jauh woo nak sampai Hentian Dengkil tu)

Akhirnya atas izinNya, kami tiba di stesen minyak Hentian Dengkil. Aku ucapkan terima kasih dan bro tu minta diri meneruskan perjalanan. Dan aku pun isi minyak. Dalam perjalanan seterusnya aku masih ingatkanNya...ya...kita sebenarnya tidak pernah keseorangan. Aku tidak keseorangan dalam setiap masalah tu. Sebab aku ada...ALLAH.

Firman Allah yang bermaksud,

“Apabila turun bala ke atasmu, maka mintalah pertolongan dengan la hawla wala quwwata illa billah. Apabila kau sakit, maka ubatilah dirimu dengan sedekah. Dan apabila kau ditimpa musibah maka ucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

p/s: Antara bas dan motor...aku pilih motor...walau panas dan hujan, aku adalah bertanggungjawab terhadap diriku sendiri, seterusnya kepada orang lain...walau apa pun aku doakan semoga tidak lagi berlaku nahas teruk melibatkan bas dan penumpangnya.