Follow Me on Twitter

Monday, December 27, 2010

Malaysia menang, KKIA terbakar, Misi berjaya

Tahniah atas kemenangan 3-0 Malaysia ke atas IndonesiaSemoga kejayaan ini dapat diteruskan ketika menentang Indonesia pada final kedua Rabu ini, seterusnya membawa pulang Piala AFF Suzuki ke Malaysia.

Sebenarnya tiada kaitan pun antara kebakaran KKIA, Sabah dengan kemenangan Malaysia. Kebakaran KKIA berlaku pada pagi semalam dan menyebabkan 19 penerbangan terpaksa ditunda. Mungkin itu juga penyebab penerbangan family aku ke KLIA ditunda.

Disebabkan itu, aku menunggu ketibaan family aku hampir sejam. Penerbangan 12.45 ditunda ke pukul 1.25. Tapi 1.40 baru mereka berangkat. Tak kisah pun, walaupun ramai yang lalu-lalang mesti memandang aku...haha...

Ada juga aku terdengar perbualan dua orang polis perempuan yang berdiri berhampiran aku.

Polis A: C punya besar macam tu gak...
Polis B: Tapi yang si D punya siap ada baju lagi tau...

Okay, itu sahaja perbualan yang aku dengar selain daripada perbualan seorang pakcik hendak bertanyakan kerja sebagai pemandu KLIA LIMO. Kebanyakan yang lalu-lalang hanya memandang aku. Ada yang senyum, ada yang tiada perasaan, ada yang penuh tanda tanya.

Akhirnya, penantian aku berakhir apabila aku melihat family aku berjalan keluar dari Balai Ketibaan Dalam Negeri. (Hehe...aku masih terbayang reaksi mereka melihat teddy melambai-lambai)

Ya, aku berjaya tunaikan janji aku. Cuma janji pada adik aku yang berjaya PMR belum sempat ditunaikan. Kepada sesiapa yang tak faham, boleh tengok entri ni (klik)

“Yana punya mana abang long?”

"Family kita dapat ahli baru, sampai tak muat dah"

Perbualan dalam telefon dengan adik (yang matriks)

Adik: Betul ke teddy besar? Nak juga!
Aku: Nak? Dapatkan 4 Flatla...hehe
Adik: Okay! Tengok nanti..hehe

Oh...janji baru lagi...haha...manusia dipegang pada janjinya, bukan?

Okay, tahniah sekali lagi buat kedua-dua adikku. Dan tahniah kepada pasukan kebangsaan atas kemenangan mereka ke atas Indonesia pada final pertama. Kini piala telah pun digenggam sebelah tangan.

Oh, semalam, saat yang gembira juga dengan kemenangan Manchester United vs Sunderland 2-0 ^__^ Good job players! Now I’m waiting for next away game this 29 December, Birmingham City vs Manchester United :D

p/s:Dengan penuh keyakinan, aku bawa teddy tu, misi berjaya ^__^ (oh, dia tak mahu doraemon, tukar kepada teddy)